Pengenalan Image Map

Followers

Showing posts with label Ikan Siakap Stim Ala Thai. Show all posts
Showing posts with label Ikan Siakap Stim Ala Thai. Show all posts

Friday, December 28, 2012

Ikan Siakap Stim Ala Thai


SIAKAP STIM ALA THAI 

Bahan-bahan:
2 batang serai
1 labu bawang besar
1 biji tomato
2 inci halia
10 tangkai cili merah/hijau ~ klu nak pedas sila lah tambah yer....
( bahan2 kat atas ni semuanya saya mayang/hiris halus kecuali tomato potong besar2 sikit lah @ potong dadu...nnti hancur plak)
3-4 camb sos tiram
1 camb sos ikan
sedikit gula (saya x letak serbuk perasa sbb dah guna sos tiram)
3-4 biji limau nipis ~ ambil jusnya.
1 liter air
3 camb tepung jagung
Daun ketumbar

Cara-caranya:
  1. Separuh daripada bahan2 yg dihiris halus (kecuali tomato) saya masak bersama sos tiram,sos ikan,gula,perahan jus limau nipis & 1 liter air. 
  2. Masak sehingga mendidih & masukkan bancuhan tepung jagung.
  3. Sebahagian lagi bahan2 yg dihiris halus & tomato,tabur/susun atas ikan.
  4. Tuang sos tadi (agak2 jgn byk sgt sbb bila dikukus ikan akan mengeluarkan air) di atas ikan.
  5. Tabur daun ketumbar & kukus 15-20 minit.