Pengenalan Image Map

Followers

Sunday, January 27, 2013

Pendidikan di Malaysia Dulu dan Kini

1.0 PENGENALAN
Falsafah pendidikan sangat penting dalam menentukan nilai, hala tuju pendidikan dan mengukuhkan sistem pendidikan. Dalam menekankan pembangunan kemanusiaan, Falsafah Pendidikan Negara perlulah seiring dengan kemahuan semasa. Pelajar pada masa kini amat terbuka dengan teknologi yang membolehkan mereka mendapatkan maklumat di hujung jari. Jika dulu semua maklumat hanya didapati di sekolah, tapi kini semua  maklumat dapat diakses melalui internet. Jesteru itu, pelaksanaan falsafah pendidikan hendaklah sejajar dengan kemahuan  semasa dan sejajar dengan teknologi yang bakal diterokai oleh para pelajar. 
 Falsafah Pendidikan Negara merupakan satu teras dalam menentukan hala tuju pendidikan Negara kita. Pendidikan merupakan sesuatu yang sangat penting kerana ilmu merupakan sesuatu yang berkuasa sekarang. Tanpa ilmu kita tidak akan dapat melangkaui batasan yang digariskan dalam menjadikan kita seorang yang berjaya.
Pada amnya, perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logikal. Tujuan falsafah ialah mencari serta membuktikan kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan.
 Berdasarkan huraian di atas, falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Maka, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan, termasuk Rukun Negara. FPK ini akan menjadi suluh yang memberi pedoman dan hala kepada segala usaha pendidikan – sama ada di dalam institusi pendidikan atau di luar institusi pendidikan. Sehubungan ini, FPK adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan yang mengambil kira seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan Negara.

Sebelum kedatangan kuasa penjajah pendidikan di Tanah Melayu berbentuk bukan formal dan tidak memberatkan perkembangan kongnitif pe1ajar-pelajar. Corak pendidikan yang ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-quran, tingkah laku, dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan. 
Pada peringkat lebih teratur terdapat satu sistem pendidikan agama yang disebut 'sekolah pondok ' yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh ulama-ulama Islam yang terkenal. Pelajar-pelajar menuntut di madrasah agama dan tinggal di pondok yang di bina di sekelilingnya. Peringkat kedua dalam perkembangan sistem pendidikan di Tanah melayu berlaku semasa zaman penjajahan Inggeris ( 1824-1957 ). Pada peringkat ini pendidikan di Tanah melayu telah dikelola, dikendalikan, dikawal dan diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah yang konkrit atau Dasar pendidikan Kebangsaan. Pentadbiran pendidikan di Tanah melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu "pecah dan perintah " serta dasar terbuka dan tiada campurtangan tentang pendidikan vernacular.  
Matlamat utama sistem pendidikan penjajah ialah semata-mata untuk memberi pendidikan kepada segolongan rakyat bagi membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi. Dengan itu, Inggeris mula memberi tumpuan besar kepada pelajaran Inggeris 1816. Walau bagaimanapun perhatian kepada pelajar melayu hanya sekadar melepas ditangga sahaja, iaitu menunaikan kewajipan kepada anak watan sesuai dengan perjanjian Inggeris dengan pembesar - pembesar tempatan. Pendidikan pada peringkat ini telah berjalan secara ad hoc tanpa dibendung oleh satu garis panduan atau batasan-batasan yang konkrit.
 Ini adalah kerana pemerintah Inggeris tidak menggangap pendidikan sebagai satu pelaburan di 'periphery'nya untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan rakyatnya bagi mencapai kemajuan. 
Sebaliknya mereka mengendalikan pendidikan di bawah dasar kebajikan benevolen (benovelent welfare policy). Oleh itu objektif pemerintahan Inggeris adalah bukan hendak mengubah atau memajukan struktur sosial tetapi sekadar menjadikan keadaan struktur sosial yang sedia ada itu sedikit efisien sahaja.Tegasnya, pendidikan pada zaman ini berkembang secara sewenang-wenangnya tanpa satu dasar yang jelas dapat membina dan memupuk unsur- unsur kebangsaan di kalangan rakyat. 
Akibat dasar Inggeris tersebut maka wujudlah sistem pendidikan plural (plural educatin al system) sesuai dengan keadaan struktur masyarakat majmuk Terdapat lima aliran bahasa iaitu bahasa Cina, Melayu, Arab dan Tamil. Sistem pendidikan plural ini tidak dapat menyemai serta memupuk semangat Kebangsaan dikalangan penduduk yang berbilang kaum. Orientasi pendidikan yang Sumbang ini telah menekan dan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang kepada negara asal mereka.

1.1.1 PENDIDIKAN AWAL

Pendidikan Melayu

Pendidikan Melayu yang awal menekankan pengajaran Quran dan pengetahuan asas membaca, menulis dan mengira(3M). Pendidikan Melayu diadakan hanya diperingkat rendah sahaja. Anak-anak Melayu yang bercita-cita tinggi dan ingin melanjutkan pelajaran terpaksa memasuki sekolah menengah Inggeris di bandar. Tujuan utama sekolah-sekolah Melayu diasaskan pada abad ke 19 dan awal abad ke 20 ialah untuk membolehkan anak-anak Melayu terus kekal di desa, mewarisi kemiskinan keluarga. Oleh itu pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa melayu dihadkan kepada empat tahun sahaja dengan skop dan kokurikulum yang terhad. 

Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah cara hidup orang Melayu atau menyumbangkan kepada mobiliti menegak di kalangan masyarakat melayu. Pada awal abad ke 20), bagi menampung permintaan yang bertambah terhadap Pendidikan menengah, Maktab Melayu Kuala Kangsar diasaskan mengikut model English Grammar School pada tahun 1905. Akan tetapi, sekolah ini adalah khas untuk golongan bangsawan sahaja. 
Latihan guru-guru melayu dimulakan pada tahun 1984 di Teluk Belanga, Singapura. Pada tahun 1922, bagi memenuhi permintaan yang bertambah terhadap guru-guru sekolah melayu yang berkelayakan, Maktab Perguruan Sultan Idris telah ditubuhkan. Kemudian penubuhan terhadap Maktab Perguruan Perempuan Melayu di Melaka pad a tahun 1935. Jelaslah di sini ,dasar pentadbiran Inggeris ialah untuk menjaga kepentingan mereka sendiri. Orang-orang Melayu tidak digalakkan ke Bandar, cuba memisahkan orang melayu daripada kemajuan perbandaran dan perindustrian.

Pendidikan Arab Dan Agama

Satu lagi jurusan persekolahan untuk menampung persekolahan anak-anak melayu ialah sekolah Arab dan Agama. Sekolah ini dikendalikan secara tidak formal dan kurikulumnya menekankan pengajaran Quran serta pendidikan moral dan kerohanian. Selepas perang Dunia Pertama, sekolah-sekolah Arab dan Agama telah muncul di merata-rata tempat di semenanjung Tanah Melayu terutama di negeri Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.

Pendidikan Cina

Dasar terbuka dan tidak campur tangan Inggeris dalam hal ehwal social kaum pendatang menyebabkan wujudnya sekolah-sekolah cina dan tamil. Sekolah-sekolah ini dikendalikan oleh masyarakat masing.masing tanpa bantuan daripada lnggeris hinggalah tahun 1920-an se1aras dengan tradisi mengutamakan pelajaran dan mengekalkan kebudayaan serta identiti bangsa masyarakat Cina mula bergiat menubuhkan sekolah Cina sejak awal abad ke 19. Keadaan ini serupa di Sabah dan Serawak. Dasar tidak campur tangan lnggeris dalam pendidikan vernakular menyebabkan perkembangan politik dan ekonomi negeri Cina mempengaruhi sistem pendidikan masyarakat Cina di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah Dan Sarawak.

       Kurikulumnya berorientasikan negeri Cina, dan buku-buku teks serta guru-guru juga dibawa masuk dari sana. Isi kurikulumnya menegaskan pengetahuan dalam bidanrg 3M iaitu membaca, mengira dan menulis serta lukisan, Bahasa Inggeris, Ilmu Alam, Sejarah, Kraftangan dan pengetahuan am. Pada tahun 1920-an pengaruh kuat sekolah Cina telah menyedarkan Kerajaan Inggeris tentang bahaya pertumbuhan sekolah Cina tanpa kawalan. 
Oleh itu pentadbiran lnggeris mula memperkenalkan satu undang- undang pada tahun 1920 iaitu Enakmen Pendaftaran Sekolah diwujudkan. Tujuannya untuk mengelakkan sekolah ini daripada terasing serta mengawal aktiviti sekolah ini. Bermula tahun 1924, sebahagian sekolah-sekolah cina ini menerima bantuan kewangan daripada kerajaan. Pada amnya, guru-ruru di sekolah ini tidak ada latihan formal sehinggalah selepas perang Dunia Kedua apabila program latihan kelas formal telah diadakan. Dasar pentadbiran Inggeris ini secara langsung atau tidak langsung mewujudkan jurang pendidikan di antara anak-anak Melayu dan Cina.

Pendidikan Tamil

Sekolah-sekolah Tamil didirikan di lading-ladang getah yang sebahagian besar kaum keturunan India ditempatkan, seperti sekolah- sekolah Cina, sekolah Tamil juga didirikan dan dikelolakan oleh masyarakat India sendiri. Pihak Kerajaan atau majikan ladang getah tidak memberi bantuan sama ada dari segi fizikal, kewangan dan pedagogi. Oleh itu sekolah - sekolah Tamil yang didirikan di ladang - ladang getah menghadapi beberapa kekurangan dari segi isi kandungan kurikulum, tenaga pengajar dan pedagogi. 

Sekolah ini adalah tidak berfungsi dan bersifat cul- de- suc iaitu sebahagian besar pelajarnya akan kekal di ladang getah menjadi buruh kasar. Pada tahun 1923, negeri-negeri Melayu Bersekutu telah meluluskan satu rang undang-undang. Satu peruntukan telah dimasukkan ke dalam ordinan ini iaitu majikan ladang getah diwajibkan membina sekolah bagi anak-anak pekerja mereka. 
Mubaligh kristian juga banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan Tamil. Kurikulum di sekolah-sekolah Tamil ini disesuaikan mengikut negeri India, begitu juga kebanyakan guru serta buku -buku teks telah dibawa masuk dari India. 
 Kurikulumnya menegaskan pengetahuan dalam kemahiran asas 3 M membaca, mengira,dan menulis karangan,ilmu alam dan kebersihan diri (personal hygiene) sebelum perang dunia kedua, program latihan guru kelas normal, selama 3 tahun telah dimulakan untuk guru-guru sekolah Tamil. Pendidikan di sekolah Tamil juga terhad di peringkat rendah sahaja.
 Dasar pemerintahan Inggeris terhadap perkembangan pembangunan sekolah Tamil terus menambahkan lagi jurang pendidikan di antara tiga kaum utama di negara kita iaitu Melayu, Cina,dan India
.
Pendidikan Inggeris

Pendidikan Inggeris mula diperkenalkan di tanah Melayu apabila penang Free School ditubuhkan pada tahun 1816 . Pada pertengahan abad ke 19, mubaligh kristian membantu menubuhkan beberapa buah sekolah Inggeris. Kebanyakan sekolah ini ditubuhkan di kawasan - kawasan bandar dengan bantuan kerajaan Inggeris. Kurikulumnya bercorak Kurikulum ber grammar School of Great Britain dengan tujuan mengeluarkan pegawai - pegawai tadbir rendah bagi memenuhi keperluan kuasa, metropolitan British.

 Pendidikan di sekolah-sekolah Inggeris diadakan pada peringkat rendah dan menengah. Bagi memenuhi keperluan guru pelatih, program latihan guru kelas normal dimulakan di Kuala Lumpur pada tahun 1905 dan di Pulau Pinang pada tahun I907. Kursus-kursus pendidikan peringkat diploma kemudiannya ditawarkan di Raffles College, Singapura. Manakala pembelajaran tinggi bermula dengan penubuhan Medical School di Singapura pada tahun 1905, dan pada tahun 1912, namanya telah ditukar menjadi King Edward VII Medical College. Raffles College yang ditubuhkan pada tahun 1928, menawarkan kursus-kursus dalam bidang Sastera dan Sains.

Pendidikan Zaman Jepun.

Semasa perang Dunia Kedua (l941-1945), negeri-negeri yang menganggotai Malaysia telah diduduki oleh tentera Jepun. Perkembangan ini memberi perubahan kepada sistem pendidikan di Semenanjung Malaysia. Dasar pelajaran di bawah pemerintahan tentera Jepun, ialah sekolah-sekolah venakular Melayu dan Tamil diteruskan seperti sebelumnya tetapi menambahkan bahasa Jepun dalam kokurikulum serta berorientasikan negeri Jepun. Pemerintahan Jepun juga menubuhkan Sekolah Nippon-Go bagi mengantikan sekolah-sekolah Cina dan Inggeris. Pengajaran Nippon-Go, lagu rakyat Jepun dan cara hidup mereka ditekankan di dalam kurikulum sekolah rendah. Pendidikan menengah telah diberhentikan dan sebagai gantinya telah ditubuhkan beberapa sekolah teknik dan maktab teknik untuk pengajian telekomunikasi, "maritim", perikanan, pertanian dan pembinaan. 

Beberapa bangunan sekolah di Bandar-bandar digunakan sebagai berek, setor, pusat perniagaan dan ibu pejabat pentadbiran tentera Jepun. Guru-guru tempatan diberi latihan tambahan untuk mengajar bahasa Jepun.Kelas-kelas bahasa Jepun juga diadakan untuk orang dewasa di beberapa tempat seperti di kelab dan persatuan. Suratkhabar juga mempunyai ruangan khas bagi pengajaran Bahasa Jepun. Pendidikan pactazaman pemerintahan Jepun tidak mempunyai satu falsafah untuk tujuan perpaduan rakyat dan membentuk identiti Kebangsaan.
 Perkembangan pembangunan pendidikan awal merdeka
Selepas perang dunia kedua perkembangan politik negeri China, India , dan negara jiran banyak berubah , masyarakat pendatang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat kediaman mereka dan kebangkitan nasionalisme Melayu melihatkan tentang masalah kerumitan kaum tentang pendidikan.

Orang Melayu mula mendesak ,supaya Kerajaan membaiki mutu pendidikan di sekolah - sekolah Melayu serta menambahkan peluang bagi melanjutkan pelajaran, Sebuah jawatan kuasa ditubuhkan iaitu sebuahjawatankuasa Barnes, Laporan Barnes ini diterbitkan pada awal tahun 1951,dan mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah kebangsaan dari bahasa berbilang kaum sama ada menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai pengantar utamanya. Sekolah cina dan Tamil akan ditukar secara beransur-ansur kepada sekolah Kebangsaan dengan memperkenalkan aliran Kebangsaan . Cadangan tersebut ditentang hebat oleh orang Cina.

       Laporan Fen wu , memperakukan untuk mengekalkan serta pembaikan Sekolah Cina telah memburukkan lagi pertikaian yang hangat tentang pendidikan di Tanah Melayu , Laporan Jawatankuasa Fen Wu telah mengemukakan cadangan-cadangan yang pada asasnya menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa Cina dijadikan bahasa pengantar.

Laporan Pendidikan

Antara laporan-laporan yang merupakan langkah awal kearah pembentukan ke arah pembentukan satu sistem pendidikan Kebangsaan di negara ini ialah:-

a) Laporan Razak (1957)

Dengan tercapainya kemerdekaan pada tahun 1957 ,batu asas bagi Dasar Pendidikan Kebangsaan telah diletakkan. Batu asas kepada pendidikan Kebangsaan terkandung dalam ordinan 1957 yang lebih terkenal dengan Laporan Razak. Tiga aspek dasar yang penting terkandung dalam laporan ini ialah pembentukan sistem pendidikan Kebangsaan .  Pengakuan matlamat akhir bahawa bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama .  Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam persekitaran Malaysia.

     Tujuan utama sistem pendidikan kebangsaan ialah untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai sikap toleransi. Penggunaan satu bahasa di semua peringkat pendidikan sehingga tahun 1982 juga bertujuan untuk menyatupadukan seluruh rakyat. Aspek ketiga di dalam laporan ini bertujuan untuk memberi tumpuan kepada fakta-fakta pengajaran yang mengandungi pengertian, pandangan hidup, norma, dan nilai yang berlandaskan alam Malaysia.

b) Laporan Rahman Talib (1960)
Laporan Talib yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah mengabdikan cita-cita yang terkandung dalam Laporan Razak dan menggariskan hasrat sistem pendidikan Kebangsaan yang terdapat sekarang. Terdapat empat aspek penting dalam laporan ini iaitu:-
 Menjadi titik permulaan ke arab pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama dan proses penukaran bahasa pengantar. # Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sarna walaupun berlainan bahasa di peringkat rendah , menengah,dan menengah atas # Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk keperluan tenaga mahir . # Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk keperluan kerohanian sebagai teras.
c) Laporan Kabinet (1979 )
Setelah beberapa tahun sistem pendidikan yang berteraskan Laporan Rahman Talib dilaksanakan. Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji pelajaran dalam menyahut cabaran sains dan teknologi dan Dasar Ekonomi Baru. Hasil Kajian ini terdapat dalam Laporan kabinet 1979. Enam aspek penting yang perlu diberi perhatian ialah penegasan kepada paradigma kurikulum ala Malaysia.  Penegasan kepada pendidikan asas dalam 3M (membaca, menulis dan mengira ) dan pengajaran pemulihan.  Pelajaran menengah atas melalui saluran akademik dan vokasional.  Peluang melanjutkan pelajaran dari 9-11 tahun. Pendidikan kerohanian yang kukuh. Peningkatan keseluruhan mutu pelajaran.

1.2 KONSEP FALSAFAH

Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu philos dan Sophia. Philos bermaksud mencintai manakala Sophia pula bermaksud kebijaksaan. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada makna kepada dua perkataan ini, falsafah dapat diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan.

        Mengikut Russell ( 1946 ), falsafah adalah diertikan sebagi sesuatu fahaman atau pengertian di antara teologi dan sains. Ini adalah kerana, seperti teologi, falsfah menengandungi spekulasi terhadap perkara yang belum tepat dibukti.

          E.D Miller pula mengatakan falasafah boleh ditakrifkan sebagai usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara penting. Oleh itu,  falsafah noleh diertikan sebgai satu usah untuk berfikir yang rasional dan kritis terhadap..perkara..yang..penting..mengenai..pendidikan.

          Antara tafsiran Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya Falsafah Pendidikan ( 1984 ) ialah falsafah adalah pertimbangan asas dan andaian mengnai pertimbangan terhadap perkara yang penting. Baginya juga, falsafah memeprsoalkan prinsip-prinsip reality, ilmu dan nilai. Baginya juga, falsafh adalah cenderung mengumpulkan rumusannya kepada bentuk mazhab-mazhab atau sisitem-sistem pemikiran.
  
Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dipengaruhi oleh beberapa faktor. Faktor utama yang mempengaruhi pembentukan FPK adalah faktor agama. Terdapat pelbagai jenis agama di Malaysia seperti agama Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan Sikh. Pembentukan FPK perlu mempertimbangkan faktor agama supaya selaras dengan semua agama yang dianuti rakyat Malaysia. 

Agama Islam merupakan agama rasmi bagi negara Malaysia. Di samping itu, Agama Kristan, Agama Budha, Agama Hindu dan sebagainya juga bebas dianuti mengikut undang-undang negara. Agama-agama ini, khasnya agama Islam merupakan faktor-faktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam proses penggubalan Falsafah Pendidikan Negara. Unsur agama ini dapat dihayati daripada pernyataannya, iaitu

“:...mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan...“

 Faktor sosial merupakan salah satu faktor pembentukan FPK kerana dengan lahirnya falsafah ini, negara kita akan dapat mencapai keharmonian dan kemakmuran. Bagi mencapai kemakmuran ini, satu sistem pendidikan yang selaras telah diperkenalkan dan telah menyeragamkan sukatan pelajaran yang berlandaskan KBSR(Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) dan KBSM(Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah). Masyarakat Malaysia terdiri daripad berbilang kaum. Keharmonian dan kemakmuran negara bergantung kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Sikap yang positif ini adalah amat penting dalam usaha mencapai perpaduan kaum yang merupakan kriteria yang paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil. Tujuan mencapai perpaduan kaum telah menjadi salah satu matlamat pendidikan yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara, iaitu:

” melahirkan rakyat Malaysia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran..masyarakat..dan..negara”



Faktor politik merupakan faktor yang menentukan ideologi negara seterusnya mempengaruhi dasar pendidikan di negara kita. Faktor ekonomi juga turut mempengaruhi matlamat pendidikan yang terkandung dalam FPK sebagai usaha membangun dan memajukan negara. Sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan Negara digubah berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam usaha membentuk ideologi negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam penentuan dasar pendidikan negara. Sehubungan ini,matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Negara. Matlamat ini dapat diperlihatkan daripada pernyataan Falsafah Pendidikan Negara, sebagaimana yang telah dihuraikan dalam pengaruh faktor sosial tersebut di atas.

“...melahirkan rakyat Malaysia.... berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara...”

Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara memperkembangkan ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya. Tujuan ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan berupayaan untuk memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara. Cita-cita memperkembang ekonomi Malaysia telah menjadi salah satu matlamat pendidikan negara yang dinyatakan dalam..Falsafah..Pendidikan..Negara.

“...melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri...

FPK juga dibentuk berlandaskan faktor individu. Dalam menjadikan seseorang itu seorang yang seimbag dalam segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial. Satu sistem perlu diwujudkan dan memberi gambaran kasar kepada individu untuk berjaya dalam sesuatu bidang. Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan harmonis. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup dengan tenang. Cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis merupakan pernyataan utama dalam..kandungan..Falsafah..Pendidikan..Negara.

          Penggubalan Falsafah Pendidikan Negara pula tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan sistem pendidkan antarabangsa. Sehubungan itu, idea-idea yang dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke atas Falsafah Pendidikan Negara. Misalnya, program pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancang oleh UNESCO dalam tahun 1980-an telah dimanifestasikan dalam pernyataan Falsafah Pendidikan Negara iaitu pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan. Hal Ini jelaslah mencerminkan konsep pendidikan seumur..hidup.


           Warganegara yang berketerampilan dan berilmu pengetahuan dapat direalisasikan andainya diberi pendedahan awal tentang kepentingan ilmu semasa di sekolah lagi. Oleh itu, sistem pendidikan di Malaysia perlu merangkumi aspek sejagat yang boleh melahirkan warganegara yang bertaraf antarabangsa setaraf dengan negara maju yang lain. Perubahan sisitem pendidikan antarabangsa juga telah menyebabkan penggubalan FPK. Faktor ini telah menyebabkan sistem pendidikan digubal dan menepati kehendak ilmu seluruh dunia dan tidak ketinggalan dalam semua aspek yang diketengahkan. Falsafah ini berkaitan dengan pandangan dan visi sedunia.

3.0  FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
3.1 DEFINISI

            Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) yang dulunya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal secara keseluruhannya dengan rapid an teliti oleh pakar-pakar pendidikan. Penggubalan ini telah mengambil kira pelbagai jenis aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan Negara.
Berdasarkan kepada pertimbangan atas Laporan dan Akta Pendidikan, Rukun Negara dan cirri-ciri ideologi serta kebudayaan masyarakat Malaysia, maka Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) telah digubal dan diumumkan secara rasminya pada tahun 1988. Falsafah ini akan dapat menentukan haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan segala rancangan dalam bidang pendidikan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber aspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.“

3.2 MATLAMAT
Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri seperti berikut iaitu percaya dan patuh kepada Tuhan. Selain itu, mereka akan berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia. Mereka juga akan berasa tanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan Negara. Justeru itu, mereka akan memiliki sahsiah yang seimbang dan bersepadu dalam memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum ini.
Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kebangsaan (FPK) maka matlamatnya adalah untuk melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi,rohani, intelek dan sosial supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Dengan kata lain matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna serta menghayati cirri-ciri:
  1.  Percaya kepada tuhan.
  2.  Berakhlak mulia.
  3.  Berilmu pengetahuan.
  4.  Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.
  5.  Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.
  6.  Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang  kaum.     
        Matlamat kedua ialah ingin menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna. Rakyat yang mahir serta progresif mampu untuk membantu menaikkan taraf ekonomi negara. Matlamat yang ketiga ialah melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara. Taat setia kepada Raja adalah penting kerana akan dapat mengelakkan dari berlakunya pembelotan dan Malaysia tidak akan diceroboh kerana pengkhianatan rakyatnya.

        Matlamat lain ialah melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi sesama rakyat untuk mewujdkan perpaduan berbilang kaum. Rakyat yang sentiasa bertolak ansur adalah rakyat yang membawa perpaduan di dalam Malaysia. Rakyat inilah yang dapat membentuk negara Malaysia yang aman serta selamat. Rukun Negara mempunyai 5 prinsip yang menjadi teras kepada perpaduan Negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kepercayaan kepada Raja dan Negara, kepercayaan kepada perlembagaan, kepercayaan kepada undang-undang dan terakhir sekali kesopanan dan kesusilaan.

     Selain itu, matlamat FPK ialah mengurangkan jurang perbezaan dari segi ekonomi sosial dan peluang di antara kaum. Pada zaman dahulu terdapat jurang perbezaan yang besar antara kaum di Malaysia. Melayu duduk di kampung, cina duduk di lombong dan India duduk di estet. Seperti yang kita lihat pada hari ini, perbezaan yang amat ketara dalam pendidikan antara kaum Melayu, Cina dan India. Kaum cina lebih maju berbanding kaum lain di Malaysia. Oleh itu sekolah amat berperanan penting dalam merapatkan jurang antara kaum ini dalam menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-murid. Hal ini bertujuan murid-murid dapat bersama-sama tolong menolong dan bertoleransi antara satu sama lain agar keharmonian dan..kemakmuran.

Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, adalah diharapkan juga melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya,..iaitu..dapat melahirkan rakyat yang bertangungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara Malaysia yang mempunyai semangat ptriotik yang tinggi dalam diri. Selain itu, kita dapat menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan pendidikan di sekolah.

Dalam melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan dalam melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada Negara, rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, dan bersikap toleransi dalam mewujudkan perpaduan rakyat berbilang kaum serta mengurangkan jurang perbezaan antara kaum dengan membekalkan kemudahan asas.
 
Kesimpulannya, FPK ini digubal adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai seimbang dari pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. FPK perlu dilaksanakan di sekolah kerana untuk memupuk semangat perpaduan sejak dari awal lagi untuk mengelakkan permusuhan antara kaum pada dewasa kelak. Selain itu FPK ini untuk melahirkan insan-insan yang berakhlak mulia dan mempunyai nilai moral yang tinggi berpandukan agama yang benar. Oleh itu, guru memainkan peranan yang amat penting sebagai agen penyebar dalam menerapkan nilai-nilai murni ini kepada murid agar wawasan dan hasrat Negara tercapai.

3.3 IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
3.3.1..IMPLIKASI..TERHADAP..KURIKULUM..DI..SEKOLAH

         KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) dan KBSM(Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah) adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Antara perubahan-perubahan yang jelas ialah  seperti sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek kesepaduan dan kesinambungan. Oleh itu konsep-konsep seperti penggabungjalinan (penyatuan kemahiran-kemahiran) dan penyerapan (penyatuan isi) sentiasa dititikberatkan


Penekanan baru diberi kepada penerapan nilai-nilai murni. Ia seharusnya diserapkan dalam setiap matapelajaran yang di ajar di sekolah. Program pendidikan disusun agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Program pendidikan yang menitikberatkan pendidikan umum diperkenalkan untuk memberikan peluang kepada pendidikan teknik dan vokasional
Penekanan juga diberikan kepada bahasa merentasi kurikulum
Pemupukan budaya sains dan teknologi terus ditekankan
Pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga ditegaskan
Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu pengetahuan
Peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris
Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan bersikap berdikari.

         Kurikulum di sekolah mengalami perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu. Setiap sekolah menerima sukatan pelajaran yang sama dan selaras. Ini kerana mengelakkan dari berlakunya sifat iri hati di kalangan pelajar kerana setiap sekolah belajar mengikut sukatan yang berlainan. Ini adalah bersalahan dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan individu yang seimbang. Bahan-bahan pelajaran yang dibekalkan juga diserapkan di dalamnya nilai-nilai murni dengan tujuan untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sistem pendidikan juga diubah menjadi pendidikan yang umum. Semua rakyat mampu untuk ke sekolah tetapi berlainan pada zaman dahulu hanya golongan berada sahaja yang mampu untuk ke sekolah. Pelajaran untuk melatih pelajar mahir dalam teknologi pula diserapkan bagi membawa Malaysia ke arah yang maju dan tidak ketinggalan.

3.3.2 IMPLIKASI TERHADAP PENDIDIK

Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi :
Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan..serta
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini menggalakkan guru memahami sistem pendidikan selain daripada membimbing guru melaksanakan fungsi pendidikan.
Guru boleh diperolehi di mana-mana dan bila-bila diperlukan. Guru boleh menjadi ejen perubahan untuk mendidik dan mengeluarkan generasi yang bertanggungjawab membantu merealisasikan matlamat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020. Guru mendedahkan sesuatu kepada pelajar bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terutamanya dalam ICT untuk membolehkan pelajar mengikuti perubahan sistem pendidikan yang berteraskan teknologi. Guru mempunyai sikap bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjadi guru yang baik, sentiasa cuba berlatih dan mendapatkan apa yang telah dipelajari untuk memenuhi matlamat dan aspirasi falsafah ini. Pada masa yang sama guru bertindak sebagai pengawal kepada aktiviti negatif. Guru memperkembangkan dan memperkayakan pendidikan melalui perkembangan kurikulum bilik darjah, seperti, menjalankan aktiviti dan lembaran kerja yang diusahakan oleh guru.
..berakhlak..mulia.

3.3.3 IMPLIKASI TERHADAP INSTITUSI PENDIDIKAN 

            Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita FPK. Ini meliputi :
Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani, secara menyeluruh dan seimbang.
Institusi pendidikan juga mengalami perubahan demi untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Pelbagai perubahan telah dilakukan. Kemudahan-kemudahan di sekolah diubah dan ditambah supaya pelajar mampu untuk merperkembangkan kemahiran mereka dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ini adalah untuk melahirkan individu yang sempurna dan seimbang. Budaya di sekolah juga diubah untuk memupuk nilai-nilai murni di dalam diri pelajar supaya supaya saling bekerjasama, toleransi dan mengamalkan sikap perpaduan. Ini adalah matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan individu yang mampu untuk menyumbangkan keharmonian kepada negara. Suasana di sekolah juga diubah untuk melahirkan pelajar yang cintakan ilmu dan membentuk budaya membaca..dalam..kalangan..mereka.

Kesimpulannya, implikasi-implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mempunyai satu matlamat dan tujuan dan ia dinyatakan dalam bentuk falsafah iaitu:

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”.

4.1 PERANAN-PERANAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

4.1.1..PERANAN..FPK.DI..SEKOLAH

       Peranan sekolah begitu besar dalam melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan murid dan guru yang cemerlang . Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan kepada..khazanah..ilmu..yang..sedia..ada..

4.1.2 PERANAN FPK  DALAM ASPEK KEPEMIMPINAN

Aspek pertama yang perlu diambil perhatian ialah kepemimpinan. Pemimpin sekolah    iaitu guru besar merupakan orang penting dalam memajukan institusi pelajaran di Malaysia. Mereka perlu berfikiran kreatif dalam pengurusan dan berhubungan dengan guru dan juga murid. Mereka bertanggungjawab menetapkan falsafah sekolah, membentuk wawasan sekolah, membentuk visi dan misi sekolah yang..berlandaskan..FPK..

      Selain itu, pihak sekolah juga perlu memastikan aspek-aspek seperti budaya sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan juga disiplin murid diberi penekanan dan perhatian yang sewajarnya supaya hasrat FPK dapat direalisasikan.
Perkembangan semasa memperlihatkan peningkatan peranan guru besar sebagai peneraju utama di sekolah-sekolah. Penyelidikan oleh Morrisson (2005) mendapati bahawa perubahan peranan pentadbir sekolah perlu berlaku dalam aspek-aspek tertentu seperti kepemimpinan, tuntutan kerja, orientasi perniagaan, tanggungjawab, pengurusan sumber manusia, membuat keputusan, komunikasi, kuasa, dan perancangan. Peranan guru besar merupakan antara faktor utama yang akan menentukan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Guru besar yang berkesan mampu mengubah keadaan sesebuah sekolah menjadi cemerlang.

          Dalam melaksanakan amanah menyediakan sumber manusia menjelang tahun 2020, fungsi kepemimpinan, pengurusan, dan pentadbiran sekolah menjadi semakin mencabar. Peranan kepemimpinan di peringkat sekolah mestilah dalam bentuk instructional leader yang memainkan peranan tertentu pada tahap serta kedudukan masing-masing untuk melaksanakan sesuatu progam pendidikan. Kepemimpinan pendidikan juga haruslah berperanan sebagai transformational leader
..iaitu..sebagai..agen..transformasi..perubahan.

            Pemimpin sekolah yang proaktif akan sentiasa membuat jangkaan-jangkaan tentang perubahan yang sedang dan bakal berlaku agar sentiasa berada dalam keadaan bersedia. Pemimpin sekolah mestilah juga mampu dan berupaya membimbing guru-guru di bawah pengawasannya untuk menjadi lebih berkesan.

           Sekolah yang berkesan dapat dilihat berdasarkan stail kepemimpinan yang bukan sekadar mampu bertindak sebagai pemimpin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tetapi juga harus mampu membawa perubahan. Justeru itu, di mana-mana sekolah, guru besar merupakan individu yang paling berpengaruh dan bertanggungjawab
..terhadap..sesuatu..perubahan.

         Menurut kata Wilson dan Corcoran (1988), segala kejayaan dan kegagalan murid terletak kepada pihak sekolah, iaitu guru besar dan guru. Kepemimpinan guru besar pula dikenal pasti sebagai pemboleh ubah yang penting sekali, yang mempengaruhi kualiti dan kuantiti hasil sekolah walaupun proses dalaman dan persekitaran sosial (iklim), atau budaya sekolah juga merupakan pemboleh ubah yang mempengaruhi dan menyebabkan perbezaan dalam pencapaian akademik murid
..(Rutter..et..al,1979).

4.1.3 PERANAN FPK  DALAM ASPEK BUDAYA SEKOLAH

      Aspek kedua yang perlu diberi penekanan ialah budaya sekolah. Budaya sekolah, kadang kala dikenali sebagai iklim sekolah merupakan salah satu aspek yang penting dalam merealisasikan FPK. Iklim sekolah yang terbuka menggalakkan murid bebas berinteraksi di antara murid dengan murid, murid dengan guru serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah. Guru pula boleh bekerja dalam keadaan yang mesra, berasa tenteram serta melaksanakan tugas..dengan..adil,..dedikasi,..gembira..dan..sempurna.

       Iklim sekolah yang terbuka seperti ini merupakan iklim sekolah yang demokratik dan iklim ini akan dapat membantu sekolah mencapai aspirasinya seperti membentuk murid lebih berdedikasi, lebih berinisiatif, lebih rela bekerjasama, lebih ramah dan mesra, lebih spontan dan berkreativiti serta lebih tinggi motivasinya.

      Budaya sekolah atau iklim sekolah ini mengandungi empat aspek utama iaitu aspek fizikal, aspek sosial, aspek perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa. Aspek fizikal merangkumi perkara-perkara seperti kebersihan kawasan sekolah, keselamatan anggota-anggota sekolah, kemudahan-kemudahan sekolah yang lengkap, keselesaan yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran dan juga
..keindahan..sekolah. Dari aspek sosial pula, ia merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan keharmonian di antara anggota-anggota sekolah seperti budaya hormat-menghormati dan mengucap salam, kerjasama, rasa tanggungjawab,perpaduan,.kemesraan..dan..keadilan. 

         Seterusnya aspek perkembangan intelek. Ia merangkumi aspek budaya ilmu seperti semangat mahu belajar sama ada dalam bilik darjah atau di perpustakaan sekolah. Sebagai contoh, sekolah memainkan peranannya melalui penganjuran program-program akademik seperti Program NILAM dengan tujuan membudayakan aktiviti membaca dalam diri murid-muridnya. Program ini secara tidak langsung dapat mengembangkan daya pemikiran murid sama ada kritis atau kreatif. Menurut Ee (1994), tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu ialah melalui amalan tabiat
..membaca..yang..berterusan.

          Aspek yang terakhir ialah penggunaan bahasa. Aspek ini meliputi penggunaan bahasa secara betul dan jitu sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Untuk meningkatkan prestasi dalam aspek penggunaan bahasa, aktiviti pertandingan, perbahasan, syarahan dan pidato boleh dianjurkan oleh pihak sekolah sebagai galakan penggunaan bahasa. Penggunaan bahasa kedua – Bahasa Inggeris juga perlu diberi perhatian sejajar dengan matlamat FPK yang ingin melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing di peringkat global.
Suasana sekolah yang ceria, kondusif dan meransang pembelajaran diwujudkan bertujuan menghasilkan murid-murid yang berkembang secara harmonis dan menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

4.1.4 PERANAN FPK DALAM ASPEK KO-KURIKULUM

Aspek keempat pula ialah ko-kurikulum. Untuk merealisasikan FPK, sekolah juga perlu memainkan peranan yang berkesan dalam melaksanakan gerak kerja ko-kurikulum. Gerak kerja ko-kurikulum merupakan gerak kerja bercorak pendidikan yang dijalankan di dalam dan di luar waktu sekolah. Gerak kerja merupakan aktiviti-aktiviti kumpulan secara informal. Gerak kerja ko-kurikulum berasaskan pembelajaran di bilik darjah adalah kesinambungan kurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Walaupun aktiviti-aktiviti ko-kurikulum lebih bercorak informal, tetapi gerak kerja..yang..dijalankan..adalah..terancang.


      Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah diharapkan akan menyemai sifat-sifat kepemimpinan, kerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat di kalangan murid. Aktiviti ko-kurikulum juga perlu dirancang supaya semua murid mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani. Pelaksanaan ko-kurikulum cuba melihat minat dan bakat murid-murid. Melalui kegiatan kumpulan, semua murid boleh dididik dan mendidik diri..sendiri.

                Sekolah ialah institusi yang bertanggungjawab dan boleh memainkan peranan dalam mendidik murid-murid untuk mengembangkan minat dan bakat. Begitu juga masyarakat yang bertanggungjawab boleh memainkan peranan mereka dalam mendidik murid-murid. Ini disebabkan alam masyarakat di luar sekolah sebenarnya amat kaya dengan ilmu pengetahuan yang boleh dimanfaatkan oleh murid-murid. Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam gerak kerja ko-kurikulum ialah pasukan unit beruniform, persatuan/kelab dan juga sukan. Pihak sekoalh perlu memastikan semua murid melibatkan diri dalam ko-kurikulum ini kerana gerak kerja ini dianggap sebagai sebahagian daripada kurikulum sekolah dan sebagai satu bidang
..pendidikan.Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah mempunyai beberapa matlamat penting yang merangkumi aspek pendidikan, aspek pembelajaran..dan..aspek..sosialisasi.

       Dari aspek pendidikan, pelaksanaan gerak kerja ko-kurikulum di sekolah diharap akan dapat membina dan menyuburkan sahsiah yang seimbang di kalangan murid; memupuk nilai-nilai ahklak dan pendidikan yang diingini; memajukan kemahiran, minat dan bakat murid; meningkatkan disiplin dan kepemimpinan diri; mengukuhkan dan memperkayakan lagi pengetahuan dan kemahiran; menjadi asas kerjaya pada masa akan datang dan mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah dan
..menyeronokkan. Dari aspek pembelajaran pula, kegiatan ko-kurikulum bertujuan untuk mewujudkan dan mempertingkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan murid-murid. Selain itu, perhubungan antara guru dengan..murid..juga..dapat..diwujudkan.

Dari aspek sosialisasi, gerak kerja ko-kurikulum ini dilihat mampu melahir dan membentuk murid-murid yang mempunyai semangat kekitaan dan kewarganegaraan serta mempunyai rasa dan tanggungjawab berkhidmat untuk masyarakat. Secara keseluruhannya, pihak sekolah perlu mempertingkatkan kualiti pengurusan ko-kurikulum dan sukan dengan usaha memperkembangkan lagi potensi individu, membentuk sahsiah, membantu pertumbuhan jiwa bermasyarakat, meningkatkan mutu disiplin para murid bagi memperkukuhkan integrasi di kalangan mereka. Selain itu, pihak sekolah juga harus memberi peluang secukupnya kepada murid-murid untuk menyertai pelbagai aktiviti terancang bagi memperkembangkan minat, bakat serta kemahiran masing-masing.

4.1.5 PERANAN FPK KEPADA GURU

Aspek yang seterusnya ialah guru. Peranan guru amat penting dalam merealisasikan FPK termasuklah FPG yang digubal untuk guru. Guru bertanggungjawab memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu yakni insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

       Dengan pengenalan KBSR dan KBSM di negara kita, peranan guru di sekolah juga bertambah lebih kompleks. Guru mula memainkan peranan sebagai pengajar, pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga sebagai inovator, iaitu
..orang..yang..mendatangkan..pembaharuan. Seseorang guru menjalankan seperti menggerakkan, mengatur dan menilai prestasi murid-murid. Sebelum memulakan satu-satu pelajaran, minat murid seharusnya ditimbulkan terlebih dahulu terhadap topik yang akan disampaikan. Proses pembelajaran berlaku dengan lebih cepat sekiranya murid-murid mempunyai minat..terhadap..pelajaran..itu.

       Oleh itu, adalah penting bagi guru menggerakkan muridnya dengan berbagai-bagai cara seperti menggunakan pelbagai jenis alat bantu mengajar, mengadakan main peranan (role playing), mengadakan simulasi dan sebagainya.
Selain itu, guru juga mengelolakan semua aktiviti yang dijalankan di dalam sesebuah bilik darjah. Dalam aktiviti pembelajaran mesti ada langkah pertama, langkah kedua, langkah ketiga dan seterusnya. Tiap-tiap langkah pembelajaran haruslah diatur supaya murid-murid mendapat faedah daripada setiap aktiviti pembelajaran.
Gurulah yang menjalankan tugas mengatur setiap langkah pembelajaran. Dalam mengatur langkah-langkah pembelajaran, guru akan merancang terlebih dahulu. Apabila membuat sesuatu rancangan, keperluan-keperluan murid, objektif-objektif pelajaran, bahan-bahan dan alat-alat mengajar seharusnya dipertimbangkan. Pengajaran yang dirancangkan dengan baik akan membawa faedah..yang..besar..kepada..murid-murid.
       
Guru juga membimbing murid-murid supaya mereka memahami topik yang diajar. Guru seharusnya mengaitkan tajuk yang diajar dengan pengalaman-pengalaman murid untuk membolehkan mereka memahami konsep-konsep dengan lebih mudah lagi. Perkataan-perkataan yang digunakan oleh guru sepatutnya mudah difahami dan penerangannya padat serta jelas. Penggunaan alat bantu mengajar seperti carta, gambar, perbandingan dan graf dapat menjelaskan lagi sesuatu konsep yang disampaikan. Guru juga menolong murid-murid mengatur fakta-fakta supaya menjadi konsep yang konkrit dan bermakna. Idea yang abstrak boleh dijadikan konkrit dengan menggunakan carta dan alat bantu mengajar lain.

         Guru perlu juga menolong murid-murid mempraktikkan dan mengulangi aktiviti sehingga pembelajaran itu menjadi berkesan. Guru juga menilai murid-muridnya dengan menjalankan berbagai-bagai ujian. Penilaian ini akan dapat mengesani sejauh manakah objektif pengajaran dan pembelajaran telah tercapai.

Ringkasnya, guru memikul amanah yang amat besar untuk melahirkan insan berilmu dan bersahsiah tinggi dan berperanan untuk merealisasikan matlamat kenegaraan yang akan menentukan jatuh bangun bangsa dan negara di masa hadapan.

4.1.6 PERANAN FPK DALAM ASPEK MENDISIPLINKAN PELAJAR

Aspek yang terakhir ialah disiplin. Sekolah sebagai agen sosialisasi utama bertanggungjawab untuk membanteras masalah disiplin hingga ke peringkat akar umbi. Iklim dan persekitaran sekolah yang kondusif perlu diwujudkan bagi merangsang perkembangan murid dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar..dengan..kemahuan..FPK..

          Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran telah cuba mentakrifkan disiplin sebagai kesanggupan seseorang individu untuk menghormati dan mematuhi undang-undang, sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri; juga kesanggupan seseorang bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, mengamalkan tingkah laku hormat-menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong-menolong dan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat untuk masyarakat.

Disiplin juga ada kaitannya dengan tatatertib, tatasusila, kesopanan dan akhlak. Dalam konteks pendidikan, sekolah merupakan institusi yang penting dalam membentuk disiplin murid-murid. Masalah disiplin murid akan menjejaskan tumpuan mereka terhadap pelajaran. Masalah disiplin ini seharusnya dikawal dengan kerjasama warga sekolah iaitu guru besar, guru disiplin, guru, pengawal keselamatan, masyarakat sekitar sekolah dan ibu bapa. Hal ini penting bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Pihak sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh menubuhkan sebuah jawatan kuasa menangani gejala disiplin murid peringkat sekolah dengan melantik beberapa ahli terdiri daripada kalangan mereka yang tinggal berhampiran dengan sekolah bagi memantau disiplin murid. Pihak sekolah juga hendaklah memantau kawasan sekolah yang terdapat masalah disiplin.


Apa yang lebih penting, murid lemah dan berdisiplin memerlukan perhatian khas daripada pihak sekolah. Semua ini perlu dilakukan dengan bijak supaya tidak berlaku pengasingan dan perbezaan di antara mereka dengan murid lain di sekolah.
Peranan guru bimbingan dan kaunseling penting dalam membentuk dan membina semula sahsiah dan disiplin murid yang bermasalah. Antara tugas utama guru bimbingan dan kaunseling ialah menjalankan bimbingan dan kaunseling dengan murid-murid yang mempunyai masalah disiplin dengan tujuan mewujudkan tingkah laku yang diingini. Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling juga berfungsi untuk membina perhubungan dengan ibu bapa/ penjaga murid-murid yang mempunyai masalah disiplin, pegawai kebajikan masyarakat atau pihak polis.

Disiplin yang baik membawa beberapa faedah kepada guru dan murid. Faedah-faedah tersebut adalah seperti berikut:

a) Pengajaran dapat dijalankan dengan licin dan teratur.
b)      Pembelajaran dapat dilaksanakan dalam suasana yang tenang serta teratur.
c)  Keberkesanan pengajaran-pembelajaran akan dapat ditingkatkan lagi.
d) Murid-murid menjadi lebih produktif jika mereka berdisiplin.
e)    Keselamatan murid-murid dapat dijamin kerana setiap murid dapat mematuhi peraturan-peraturan
..sekolah.
f)   Kemalangan yang berlaku di makmal atau bilik darjah dapat dikurangkan.
g)   Segala tugasan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang lebih singkat.

      Masalah disiplin perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Sesungguhnya persekitaran sekolah yang kondusif dan selamat amat penting dalam membentuk imej dan keyakinan diri murid ke arah kecemerlangan dan kegemilangan, selaras dengan hasrat negara yang menekankan usaha pembentukan modal insan yang cemerlang,gemilang dan terbilang.

4.2 PERKAITAN FPK DALAM PENGKHUSUSAN BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Melalui FPK  kita dapat menerapkan kefahaman dalam diri pelajar tentang kepentingan mempelajari bahasa Melayu. Bahasa Melayu yang merupakan bahasa pertuturan bukan hanya perlu dipelajari malahan perlu dikuasai secara mendalam oleh semua pelajar dan guru di sekolah.
Dalam menjadikan kita seorang guru bahasa Melayu yang mampu bertutur dengan menggunakan bahasa standard memerlukan latihan yang berterusan. Pengalaman belajar selama lima tahun di institut pendidikan guru(IPG) perlulah di manfaatkan dan digunakan dengan sebaik mungkin. Hal ini perlu kerana masih ada guru bahasa Melayu bertutur dalam bahasa dialek mereka sendiri. Ini akan mengelirukan pelajar yang tidak mengetahui asas bahasa Melayu.
Sebagai guru yang akan mengajar matapelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah. Bahasa yang digunakan hendaklah betul kerana pada peringkat ini, pelajar akan mengambil dan menerapkan gaya pertuturan yang telah diajar kepada mereka.
Melalui FPK , seorang guru mampu menjadi guru yang berkeperibadian lebih unggul dan melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi, intelektual, dan sosial. Pelajar yang mampu bertutur dengan menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik akan melahirkan individu yang cinta akan Negara dan mampu berbakti kepada nusa dan bangsa.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, berdasarkan kepada semua huraian diatas, maka ternyatalah bahawa kejayaan sesebuah sekolah dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaaan (FPK) adalah bergantung kepada berdasarkan sekolah itu sendiri, aspek-aspek kepemimpinan, budaya sekolah, ko-kurikulum, guru dan juga disiplin. Semua aspek ini akan menentukan modal insan yang bakal dihasilkan sama ada memenuhi hasrat FPK atau tidak. Kejayaan  dalam merealisasikan FPK  juga secara tidak langsung mampu menjana dan membina modal insan yang berkualiti.
            Merujuk kepada PIPP (2006), negara kita berhasrat untuk menghasilkan “modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berperibadi mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggI dan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta berkebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah”.
 Sekali lagi dinyatakan bahawa, peranan guru amat penting dalam menyahut cabaran yang terkandung di dalam FPK untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
  
(Sumber: http://tzulhafizsyam.blogspot.com/2012/04/falsafah-pendidikan-kebangsaan.html)

No comments:

Post a Comment