Pengenalan Image Map

Followers

Monday, March 25, 2013

Set Induksi

PENGENALAN                                                                       
       Set induksi mengambil masa lebih kurang 3 - 5 minit sahaja tetapi memainkan peranan yang sangat besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
       Set induksi membolehkan guru mengawal:
      disiplin pelajar
      memastikan pelajar bersedia untuk pelajaran seterusnya
      menarik minat pelajar langkah pelajaran yang seterusnya.
      membantu menuetralkan emosi pelajar
 
CIRI UTAMA SET INDUKSI
1. Menarik perhatian
2. Mewujudkan motivasi
3. Membuat perkaitan
 
Menarik Perhatian
       mewujudkan nada suara yang sesuai.
       menggunakan ABM/BBM/BBB yang menarik.
       menggunakan gerakan, konteks mata, dan isyarat.
       menunjukkan suatu aktiviti yang menarik dan tidak pernah terfikir oleh pelajar.
 
Mewujudkan Motivasi
       membangkitkan rasa ingin tahu.
       menggunakan teknik bercerita.
       menunjukkan suatu aktiviti yang berguna.
       menggunakan soalan yang mencabar - HOTS / KBAT
 
Membuat Perkaitan
       mengaitkan pengetahuan lepas murid.
       mengaitkan isi pelajaran baharu.
       mengaitkan peristiwa semasa.
       mengaitkan minat dan pengalaman murid.
       menceritakan pengalaman guru
 
TUJUAN SET INDUKSI
·         Memulakan setiap proses pengajaran dan pembelajaran yang baharu.
·         Memperkenalkan sesuatu konsep kepada pelajar.
·         Mewujudkan hubungan awal yang baik dan mesra.
·         Memulakan sesi komunikasi dan menggalakkan pelajar berinteraksi.
·         Memulakan kerja-kerja amali di makmal atau di padang.
 
CONTOH SET INDUKSI
       Set induksi yang dilakukan selalunya berkaitan dengan topik yang diajar oleh guru.
       Set induksi boleh dibuat dalam bentuk cerita, teka teki, menyusun kata/puzzle, nyanyian,  lakonan, simulasi, isu yang mencabar minda pelajar, isu semasa yang berkaitan tajuk/tema, pengalaman murid, pengalaman guru,  dan sebarang cara yang mengambil masa yang pendek. 
 
S.O.P SET INDUKSI…satu cadangan
       Guru beri salam dan pelajar jawab salam
       Seorang pelajar baca doa…pelajar lain ikut membacakan doa bukan meng-amin-kan doa.
       Susun meja, pungut sampah, susun buku dan alat tulis atas meja.
       Mulakan set induksi dan langkah pengajaran seterusnya. 
 
PERHATIAN
       Kesilapan utama semasa melaksanakan set induksi
       menjadikan tajuk atau isi kandungan sebagai set induksi kerana set induksi bukan tajuk atau isi kandungan TETAPI  SET INDUKSI merupakan momentum yang bakal dikaitkan dengan tajuk yang akan diajar.
       Set induksi dilaksanakan tidak melebihi 5 minit. sekiranya kurang lebih baik.. namun biarlah menarik dan menggembirakan pelajar
 
SET INDUKSI SAYA…
       Di hujung sebuah kampung…suami, isteri, dua orang anak…hari-hari isterinya suka membebel dan cerewet…tangkap isteri dan buang dalam perigi lama.
       Dua minggu, ayah dan anak-anak tadi rasa sunyi..menyesal atas tindakan mereka…ambil tali ke perigi lama… supaya rumah mereka ceria semula.
       Terkejut…
MESEJ UNSUR KECINDAN…
       Ada unsur lucu
       Memperkasakan kecerdasan interpersonal dan intrapersonal (keperluan diri sendiri dan keperluan orang lain dalam komuniti)
       Kecerdasan logik dan ruang (faktor masa, keluasan perigi)
       Soalan provokasi…adakah tindakan suami/anak betul?...beri pendapat dan kaitan EQ (kecerdasan emosi)…catat pandangan, tampal…kaitkan dengan pembelajan akan datang.
       Pada pendapat anda, apakah yang berlaku akhirnya?
 
KESIMPULAN
       Percayalah 1…melalui set induksi KITA boleh menimbulkan minat dan menggerakkan pelajar supaya bersedia untuk terus belajar dalam tempoh 40 atau 80 minit bersama-sama KITA.
       Percayalah 2…set induksi membuka ruang kepada pelajar untuk bersedia belajar dan berfikir daripada aspek pengetahuan, kemahiran, dan nilai yang akan KITA persembahkan.
       Percayalah 3… melalui set induksi, KITA dapat menjadi guru yang sentiasa ditunggu oleh pelajar di dalam kelas, di makmal, di padang, di bilik ICT, di bilik ERT, di bilik KH, di bilik Sains Pertanian, atau di mana-mana sahaja.

No comments:

Post a Comment