Pengenalan Image Map

Followers

Monday, June 10, 2013

Kek Pelangi


Bahan-bahan

3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter
2 cwn gula castor
5 biji putih telor
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar
pewarna (pilih la warna kegemaran anda)

Cara-cara


1. Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang.Sapu loyang dengan
butterPanaskan oven pada suhu 170C
2. Ayakkan tepung, baking powder dan garam ~ ketepikan
3. Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu
atau butter bertukar warna putih .
4. Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
5. Masukkan esen vanila
6. Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung
berselang seli dengan susu segar
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.


Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar

1. Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
2. Masukkan dalam loyang
3. Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letak pada
rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~20
minit atau sehingga kek benar-benar masak.
4. Bila dah masak letak atas redai tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian
terbalikkan
5. Kemudian bolehlah teruskan membakar pada adunan yang lain satu
persatu hingga siap 6 lapisan

*Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat.


Untuk Cream Cheese Frosting

Bahan
250 g cream cheese
120 g gula
120 g butter
Sedikit susu segar ( jangan terlebih nanti adunan akan menjadi cair)

Cara-cara

1. Pukul semua bahan dengan mixer sehingga ringan dan gebu.
2. Sedia untuk digunakan.


Untuk melapis.

1. Mulakan dengan satu lapis kek mengikut warna kegemaran.
2. Sapu sedikit cream cheese diatasnya dan ratakan.
3. Letak lapisan kek yang berwarna lain pula diatasnya dan ulang langkah
ini hingga habis. Setelah lapisan yang terakhir buat lapisan cheam
cheese agak tebal dan kemaskan
kek dengan menyapu keseluruhan cream cheese tadi disekeliling kek.
5. Hias mengikut kreativiti masing-masing.

No comments:

Post a Comment