Pengenalan Image Map

Followers

Saturday, January 26, 2013

KOLAJ

DEFINISI KOLAJ

Lukisan Kolaj bermaksud memotong sesuatu kertas dan menampal di atas sesuatu permukaan. Biasanya kertas yang digunakan adalah kertas warna atau surat khabar. 

  (Sumber: http://www.slideshare.net/lilisuzana/kolaj-ikan)

Kolaj juga boleh dibuat dengan mengoyak atau mengunting kertas dan menampal di atas sesuatu permukaan. Ia boleh didefinisikan sebagai satu hasil kerja seni menyusun dan tampal sebahagian imej seperti tampal gambar foto atau dari cetakan majalah disusun atau ditindih.
Kita juga boleh menggunakan pelbagai jenis bahan untuk ditampal keatas kertas lukisan mengikut keativiti sendiri. 

 
Murid boleh menggunakan pelbagai warna atau satu warna untuk menghasilkan kolaj. Murid seronok membuat Kolaj. Aktiviti menggunting dan menampal amat2 digemari oleh murid-murid sekolah rendah. InsyaAllah...


 

 

 

Kolaj adalah salah satu teknik tertua yang menggunakan teknik tampalan untuk menghasilkan pelbagai karya lukisan gambar atau rekaan. Bahan tampalan boleh disusun, ditindih atau diatur pada permukaan kertas mengikut komposisi tema atau tajuk yang diperlukan. Terdapat empat jenis kolaj yang sesuai iaitu Kolaj kertas, bahan jahitan, bijirin dan bahan terbuang.

 i. Kolaj kertas

 Diperbuat menggunakan kertas warna yang digunting secara bebas atau menggunakan teknik tekanan pada mata pen dan pensel atau menggunakan alat penebuk kertas.

 ii. Kolaj bahan jahitan.

 Kolaj ini menggunakan perca kain, manik, butang baju, kapas dan kekabu sebagai bahan utamanya. Cara membuatnya sama, iaitu menyusun bahan menerusi guntingan perca kain atau menyusun manik atau butang baju pada huruf yang dipilih.

 iii. Kolaj bijirin.

 Jenis ini menggunakan bahan bijirin yang disusun dan dilekat menggunakan gam berkualiti pada kad board tebal. Bijirin yang biasa digunakan ialah beras pulut, beras bali, kacang hijau, jagung dan bijisaga.

 iv. Kolaj bahan terbuang.

 Bahan terbuang yang biasa digunakan ialah penutup botol, batangaiskrim, lidi sate, tali, plastik sampah dan sebagainya. Bahan ini disusun dan dilekat menggunakan gam serta dibalut menggunakan plastik lut sinar supaya tahan lama.




No comments:

Post a Comment