Pengenalan Image Map

Followers

Thursday, January 24, 2013

Persediaan Praktikum

Assalamualaikum...

Tinggal lagi beberapa hari saya dan kawan-kawan DPLI IPG Kampus Pulau Pinang akan menjalani Latihan Praktikum (LP) di sekolah-sekolah yang telah ditetapkan. Beberapa sesi taklimat praktikum telah kami hadiri sebagai persediaan untuk kami menjalani LP setelah setahun belajar menimba ilmu di IPG. Pelbagai perasaan yang bercampur baur dapat kami rasakan menanti saat menjejakkan kaki ke sekolah nanti.

Sekolah yang ditetapkan untuk kami agak jauh dari tinggal kami semasa belajar di IPG, oleh itu kami perlu mencari rumah sewa baru yang berdekatan sekolah bagi memudahkan urusan LP kami sekolah nanti. Kerjasama yang ditunjukkan oleh kawan-kawan amat membanggakan kerana sanggup sama-sama mencari umah sewa bersama-sama. Kos umah sewa di sekitar Bayan Lepas, Teluk Kumbar dan Balik Pulau agak mahal, tapi apa boleh buat kami perlu menyewanya supaya mudah untuk kami ke sekolah.Alhamdulillah semua urusan sewa rumah berjalan lancar. Rumah dah dicuci, barang dah dikemaskan dan barang keperluan rumah alhamdulillah telah disediakan oleh tuan rumah.



 Buku rekod mengajar dan buku laporan praktikum dah dapat. Oleh itu dalam masa berbaki beberapa hari sahaja lagi ni saya perlu ambil kesempatan untuk siapkan apa-apa yang patut sebagai persediaan pada hari pertama praktikum nanti. Sebenarnya saya agak gementar juga ni.......ye lah....dulu saya pernha mengajar di 4 buah sekolah menengah .... tapi sekarang saya kena mengajar di sekolah rendah....sekolah menengah dan sekolah rendah memerlukan pendekatan yang berbeza bagi memikat hati murid-murid untuk belajar. Saya amat berharap mampu lakukan yang terbaik untuk bakal anak-anak didik saya...InsyaAllah....

Apa yang penting dalam praktikum nant adalah buku rekod mengajar dan fail portfolio perlu selalu dilengkapkan. Teknik pengajaran dan kawalan kelas mesti bersesuaian. perhubungan yang baik dengan warga sekolah perlu diwujudkan. Cuba timba seberapa banyak ilmu dan pengalaman dari guru-guru tetap di sekolah berkenaan. Perbicangan dengan guru pembimbing dan pensyarah penyeliaan perlu selalu dilakukan untuk mendapat hasil pengajaran yang baik. Sebarang teguran dari mereka perlu diterima dengan hati yang terbuka dan jadikan ia sebagai panduan bagi menghasilkanpengajaran yang sempurna.

Bahan bantu mengajar amat penting dalam melaksanakan pengajaran di dalam bilik darjah. Bahan bantu mengajar yang menarik dan baik akan mampu menghasilkan P&P yang berkesan di mana BBM ini mampu menarik minat murid-murid untuk berminat dengan P&P pada hari berkenaan. Bahan yang digunakan perlulah sesuai dengan topik yang hendak diajar dan sesuai dengan tahap murid-murid. Jangan la pulak sediakan bahan yang tidak mampu digunakan oleh murid-murid semasa P&P dijalankan.

Ok ..itu sahaja yang dapat saya coretkan....pesan HEP pada kami pelajar DPLI IPG KPP......"bila berpraktikum nanti, anda masih bergelar pelajr IPG KPP dan anda membawa nama IPG KPP....jaga kelakuan...jaga setiap tindak tanduk agar terpelihara dari terkena tindakan undang-undang 174....."

sekian, terima kasih......

No comments:

Post a Comment