Pengenalan Image Map

Followers

Tuesday, December 18, 2012

Muhasabah diri

~ Muhasabah Diri ~


Cuba anda bayangkan…..bayangkan lah……. di suatu sudut di sebuah rumah, Di tengah kegelapan malam, dua insan sedang berdoa untuk kebahagian kita, Orang itu tentulah orang yang dahulunya merawat kita semenjak kita masih kecil, orang yang dahulunya memelihara kita tanpa mengenal erti lelah dengan penuh keihklasan, senantiasa mendukung dan menyokong serta mempersiapkan masa depan kita..

Adik-adik semua,
Siapakah insane yang agung itu, tidak lain tidak bukan, insan itu ialah ayah dan ibu kita. Rasullullah SAW bersabda, diriwayatkan oleh Al-Hakim bahawa redha Allah bergantung kepada redha ibu dan ayah kita, murka Allah bergantung kepada murka ibu dan ayah kita..Dengan itu wahai adik-adik semua….Sudah sepatutnya, kita senantiasa mencurahkan kasih sayang kepada kedua ibu dan ayah kita.

Saya ingin mengajak adik-adik sekalian, untuk sedikit menyelami bagaimana kasih sayang mereka, bagaimana perjuangan mereka, bagaimana derai titis air mata mereka demi kebahagiaan kita. Maka saya ingin mengajak adik-adik semua, memahami bagaimana cinta seorang ibu, bagaimana perjuangan seorang ayah, bagaimana kasih sayang kedua orang tua kita yang ikhlas kerana Allah yang Maha Esa.

Tundukkan wajahmu wahai adik-adik….
Dan sekarang adik-adik bayangkan…..bayangkan wajah ibu yang apabila sudah tua…..hadirkan wajahnya meskipun ibu jauh daripada kita, hadirkanlah wajah ibu kita dan apabila dia sudah tiada…sudah pergi menemui Tuhan yang Maha Esa…..hadirkan wajahnya…..dan kemudian bayangkan dia hadir, hadir di hadapan mu…..bayangkan dia berjalan dari kejauhan ke arahmu, berjalan dengan tubuh yang kurus, berjalan perlahan-lahan mendekatimu.

Tiba-tiba kau ingin memegang tangannya. Namun, sebelum kau memegang tangannya, dia pegang tanganmu terlebih dahulu, dan kemudian dia memeluk tubuhmu …… dan kemudia dia memelukmu dengan erat sekali.

Ibu mu berkata..” Nak…ini ibu nak….ibu datang pada mu hanya ingin mengatakan ibu rindu padamu..ibu sayang adamu nak..”terasa air mata ibu jatuh berguguran…..terasa bahuku yang basah dengan air mata ibu mu…aku berkata…”ibu… aku pun rindu pada mu jua ibu…..aku pun sayang pada mu ibu…..”….ayah mu pula datang mengelus rambutmu……”Nak….ini ayah nak….ayah yang dahulu bekerja kuat agar engkau bahagia….ayah yang dahulu bekerja kuat agar engkau dapat bersekolah nak…..ayah yang dahulu membelikan kasut baru mu agar engkau tidak dihina kawan nak….” ….”ayah….ini ayah…? Oohh…ayah…aku sayang sama ayah…aku juga rindu sama ayah…

Dan kemudian….
Ibumu melepaskan genggaman tangannya. Dia kemudian pergi menjauh dari mu sambil melambaikan tangannya ke arah mu…” Nak…ibu berangkat dulu nak….ibu pergi dulu nak…ayah pergi dulu nak…..jangan lupa doakan kesejahteraan ibu dan ayah di sana ya nak…..”Dan kemudian, Ku katakan…” Ibu…ayah….jangan kau tinggalkan aku ibu…..jangan tinggalkan aku ayah….”

Teringat suatu ketika dahulu, kasih sayang dan kesabaran ibu mu ….tidak sepatutnya kau lupa…dahulu kau berada di dalam kandungan ibu mu …9 bulan kau berada dalam kandungan ibu mu….ke mana-mana ibu mu pergi tanpa pernah mengeluh …bahkan sering kali dia membelai perutnya sambil berkata….”Ya Allah…ya Allah…apabila lahirnya anak ini…jadikanlah anak ini anak yang soleh…anak yang solehah….” Dan ketika kelahiran mu tiba, ibu mu mengerang kesakitan…ibu mu berjuang bersimbah darah..bahkan dia mengatakan…Ya Allah……sakit…….ya Allah….

Dan ketika engkau dilahirkan….ibu mu tidak menghiraukan dirinya…dia lihat dirimu..dia pegang tubuh mu…dia bertanya..” Doktor anak saya sihat doktor..?”….dia mengira jari jemari mu satu persatu….dan dia kemudiannya berkata…”Alhamdulillah ya Allah…..Engkau berikan aku seorang anak yang sihat dan sempurna ....ya Allah….”.....Apabila malam menjelang…engkau menangis…”anak ku…ini ibu nak…ibu datang kepada mu nak..mengapa kau menangis nak…sini…ibu peluk mu nak….ibu sayang mu nak….…” kemudian dicium pipi mulus mu….lihatlah kasih dan sayang seorang ibu….

Kemudian, diajarinya kau berkata-kata, diajarinya kau berjalan, kau tumbuh menjadi anak-anak yang bijaksana, kau tumbuh menjadi orang dewasa yang matang, namun ………cuba adik-adik bayangkan …apabila kamu dewasa….kata-kata kasar apa yang kamu ucapkan dari mulut bicara kamu kepada ayah dan ibu kamu…perbuatan apa yang membuatkan hati mereka terluka ….dan bahkan sekarang kamu sudah memiliki kejayaan yang membanggakan……ketika itu, ibu dan ayah mu datang kepada mu dalam keadaan sudah tua dan mereka berkata kepada mu…” anak ku…lihat ibu nak….jenguk ayah nak….ibu rindu sama anak ibu..ayah rindu sama anak ayah….”….kemudian kau membalas kata-kata ibu dan ayah mu….” Wahai ayah…wahai ibu…aku kni sibuk dengan kerja ku…akan aku hantar wang belanja untuk ayah dan ibu….jangan diganggu aku lagi …”….

Mereka yang dahulu merawat kita, mereka dahulu yang membesarkan kita, naum bayangkan kita sekarang ini…. Ketika orang tua kita sudah sangat tua, kita hantar mereka ke rumah orang-orang tua…kita biarkan mereka dalam kesedihan, kita biarkan mereka dalam kesepian…..padahal dahulu ibu dan ayag kita lah yang menghiburkan kita ketika kita kesepian..padahal dahulu ibu dan ayah kita yang senantiasa menemani kita ketika kita dalam kesedihan….patutkan kita melakukan sedemikian rupa….?
  
Cuba adik-adik bayangkan…bayangkan dahulu…ibu dan ayah kita mengajar kita berkata-kata yang baik-baik, namun sekarang bayangkan…..bayangkan…dengan kata-kata kita….kita sering menyakiti perasaan dan hati ayah dan ibu kita…tolong katakana…adakah ini patut dilakukan..?

Apabila mereka sudah tidak ada lagi….apa lagi bakti mu pada mereka….masih ada kah peluang untuk kamu membalas jasa mereka…? …Ya Allah…apa yang telah aku lakukan…..masihkah ada ruang dan peluang untuk aku membaiki kesilapanku kepada kedua ayah dan ibu ku….masihkah ada waktu untuk aku kembali bersama ayah dan ibu ku demi membahagiakan mereka ? Ya Allah….Berikan lah aku peluang sekali lagi untuk aku menebus dosa ku….berikanlah peluang untuk aku berbakti kepada kedua ayah dan ibu ku….Namun..sayang seri kali sayang…mereka berdua sudah tiada…..

Apabila mereka sudah tidak ada lagi……inilah yang Allah perintahkan dalam Al-Quran kepada seluruh umat manusia “Bismillahirahmanirahim….dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang….dan kami perintahkan kepada manusia….berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, ibu telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa 2 tahun, bersyukurlah kepada ku dan kepada kedua ibu ayah dan hanya kepada ku tempat kembali…” maksud ayat 14 Surah Lukman….

Adik-adik yang Allah rahmati, yang Allah cintai, Dengan kasih sayang dan izin Allah, kita berkumpul di sini….untuk bersama-sama berjalan untuk memahami kasih sayang ibu dan ayah kita. Apabila kita perna melalukan perkara-perkara yang salah…marilah kita memohon ampun dan maaf dari kedua orang tua kita…marilah kita memperbaiki kesilapan itu….
Dan ketika ibu dan ayah masih hidup, kita bahagiakan mereka, kita jaga dan kita rawat mereka. Apabila mereka sudah tiada..sudah lama berada di alam kubur…maka doakanlah agar mereka tenang di sana……

No comments:

Post a Comment