Bismillahirrahmaanirrahiiim
~Assalamua'alaikum warahmatullah~
Alhamdulillah, syukur kepada Allah, kerana mempertemukan lagi kita di alam maya ini buat kesekian kalinya. Alhamdulillah, pada kali ini, saya berkesempatan untuk mengupdate entry di dalam blog. Entry ini bukanlah hasil tulisan saya, ianya adalah artikel yang saya baca melalui sebuah website (http://sayangislam.com/).
Setelah membaca entry di dalam website tersebut, maka saya rasakan WAJIB untuk saya sebarkan kepada sahabiah muslimat kerana inilah ILMU FIQH WANITA yang wajib diketahui oleh setiap susuk tubuh yang bernama WANITA. Jom kita teliti dan sama-sama mencedok ilmu demi memastikan ibadah kita seharian diterima, sah dan dipersembahkan sebaiknya kepada Allah SWT. InsyaAllah

Keluar angin melalui faraj (kentut vagina)
Pengenalan
Perbahasan mengenai keluarnya angin melalui faraj atau vagina atau qubul ada disentuh oleh ulama. Mengikut kaedah saintifik, vagina adalah tiub yang berotot dan berdinding membran sepanjang 7 hingga 9 cm yang menghubungkan pangkal rahim ke bukaan faraj. Bukaan faraj ini dikawal oleh beberapa otot kemut sama seperti otot yang mengelilingi bukaan dubur dan salur kencing. Dalam keadaan biasa, tiub ini berada dalam keadaan tertutup, dindingnya kempis menyentuh antara satu sama lain dan tidak mengeluarkan sebarang angin. Ini adalah kerana bakteria yang berada di sel-sel lapisan dalam vagina hanya bertindak balas mengeluarkan asid laktik untuk menjadikan faraj berasid, lembab dan membantu mengelakkan jangkitan kuman pada permukaannya.

Keadaan
ini berbeza dengan situasi yang berlaku pada usus besar yang
mana bakteria dalam usus besar bertindakbalas mengeluarkan gas yang
dikenali sebagai kentut. Maka dalam keadaan normal, vagina sepatutnya
tidak mengeluarkan sebarang angin melainkan sekiranya seseorang wanita
itu mengalami masalah fistula (lubang penyambung) antara rektum (usus
besar) dengan vagina akibat pembedahan antara usus dan faraj. Keadaan
ini menyebabkan angin dari usus besar masuk ke dalam faraj.
Kebanyakan
wanita sebenarnya mengalami masalah keluar masuk angin di antara
kelopak besar labia (labia majora), angin ini berkumpul di celah ruang
yang terbentuk antara kelopak dan faraj. Fenomena ini sering disalah
anggap sebagai angin yang keluar dari bukaan faraj. Lebih memburukkan
keadaan apabila wanita berkenaan mengangkat hadas iaitu membasuh
bahagian kemaluan mereka. Air yang terperangkap di celah
kelopak-kelopak besar labia, menyebabkan pergerakan angin keluar masuk
melalui kelopak-kelopak labia ini lebih ketara dirasai semasa pergerakan
solat, yang akhirnya turut mengeluarkan bunyi dan rasa keluar angin
seperti kentut. Lebih menyulitkan lagi bukaan faraj tidak mempunyai
deria rasa yang sensitif seperti bukaan dubur hingga membolehkan kita
dapat merasai keluarnya angin dari bukaan faraj secara yakin.
Namun
begitu, keluar masuk angin di vagina berkemungkinan berlaku kepada
wanita yang mengalami kelemahan pada otot-otot kemut seperti wanita yang
telah melahirkan ramai anak, mengalami masalah jatuh peranakan dan juga
tidak dapat mengawal kencing (kencing dedas) Bagi memastikan bahawa
angin yang keluar masuk itu bukan dari vagina, wanita disarankan
berdehem selepas membuang air sebagaimana dianjurkan Rasulullah bagi
orang yang mengalami masalah kencing dedas, mengelap kering bahagian
sulit selepas berhadas kecil, atau melakukan ujian dengan meletakkan
tisu di antara kelopak ini (bukan menyumbat faraj). Sekiranya angin
sudah tidak kedengaran lagi, maka sahlah ia berasal dari masalah ini,
jika dia terus menerus berlaku, maka wanita perlu mengakui besar
kemungkinan angin itu berasal dari faraj. Wanita berkenaan disarankan
untuk mempraktikkan senanam kemut untuk menguatkan semula otot-otot
kemut bagi menutup kemas bukaan faraj.
***Senaman kemut membabitkan mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing atau otot lantai pelvis seolah-olah seperti mahu menahan kencing atau air besar dan ia harus dilakukan serentak.Untuk wanita, amalan kemut dapat melangsing dan melegakan corong faraj sekali gus menyempitkan pembukaan faraj yang renggang

Hukum dan implikasinya
Hukum
wanita yang mengeluarkan angin / kentut melalui faraj (qubul) dan juga
dubur adalah batal wuduknya berdasarkan dalil berikut,
عَنْ َعبَّادِ بْنِ تَمِيْمٍ عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يَنْصَرِفْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتاً أَوْ يَجِدَ رِيْحاً
‘Abbad
bin Tamim melaporkan daripada Nabi s.a.w yang berkata, “Jangan
seseorang berpaling iaitu meninggalkan solat sehingga ia mendengar bunyi
kentutnya atau tercium baunya”.
Hadis direkodkan oleh Muslim dan Bukhari.
Berdasarkan
hadis di atas, secara jelas Rasulullah memberitahu bahawa keluar angin
boleh membatalkan solat. Oleh sebab itu, wanita yang mengalami masalah
angin pada faraj disarankan mengambil langkah-langkah berikut;
1. Berdehem selepas membuang air kecil.
2. Membasuh kemaluan dengan sempurna.
3.
Mengelap faraj sehingga kering dan menutupi ruang kemaluan dengan tisu,
kain atau menutupi ruang dengan rapat menggunakan tuala pelekat yang
nipis dan bersih.
4. Kemudian memakai seluar dalam yang kemas agar udara tidak boleh keluar masuk sebelum berwuduk dan menunaikan solat.
Penulis artikel: Dr Rosediani Muhammad.
(Pakar Perubatan Keluarga, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan)
p/s : Moga bermanfaat. Jika tidak faham, jom kita berdiskusi=)
~Hidup Adalah Memilih...Memilih Kerana Allah~
No comments:
Post a Comment