Nasik Minyak
bahan-bahan untuk nasi
-beras (dibersihkan dan ditoskan)
-2 biji bawang merah besar di potong mayang
-rempah 4 beradik3cm halia
-sedikit minyak sapi / minyak masak
-marjerin
-kiub ayam
-daun pandan
-susu cair
-sirap
cara-cara memasak
-masukan minyak sapi (atau minyak masak) dan marjerin ke dalam periuk
-masukkan
rempah kasar 4 beradik, bawang dan halia yang di mayang tadi. tumis
sampai bahan bahan tadi naik bau dan sedikit garing. kemudian masukkan
daun pandan.
-masukkan ke dalam rice cooker bersama air (sukatan air macam masak nasi biasa).
-masukkan
semua bahan bahan yang di tumis tadi bersama dengan sedikit susu cair dan
kiub ayam (kalau tukar kiub ayam dengan garam pun boleh).
-selepas nasi masak dan hampir kering masukkan sedikit sirap kemudian biarkan nasi masak dalam rice cooker.
Gulai ayam ala Rerengganu
bahan-bahan
-ayam yang telah dipotong
-santan
-bawang merah, (blend)
-bawang putih, (blend)
-sedikit halia, (blend)
-sedikit lengkuas, (blend)
-sedikit kunyit (blend)
-rempah kasar 4 beradik
-cili kering (blend) atau cili giling (segera pun takpe)
-rempah gulai ayam (biasa aku guna kari ayam cap bunga, beli stok banyak banyak kat terengganu),
kalo takde rempah cap bunga ni boleh pakai rempah kari.
-asam keping
-garam, gul
-kerisik
-minyak masak
-kentang (dikupas kulit dan dipotong 4)
cara cara memasak
-panaskan minyak dalam kulai, masukkan rempah kasar 4 beradik. masak sehingga naik bau.
-masukkan lada kering yang di blend tadi (biasa aku guna yang dah siap cap taming sari), masak sehingga garing.
-masukkan bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas dan kunyit yg telah diblend tadi dan rempah gulai (serbuk gulai) kemudian masak sehingga naik bau dan pecah minyak.
-kemudian masukkan ayam, asam keping, gula dan garam, gaul hingga rata (masukkan air sedikit)
-kemudian masukkan santan
-masukkan kentang
-bila hampir masak masukkan sedikit kerisik.
-biarkan sehingga mendidih dan masak di atas dapur.
Acar Mentah
bahan-bahan
-timun batang
-carrot
-kobis
-lada besar
-bawang merah besar
-sedikit cuka
-garam dan gula
cara cara membuat
-potong timun dan carrot (kecik2 memanjang) dan kobis (dihiris halus2 memanjang)
-potong lada besar
-mayang bawang merah besar
-masukkan
garam, gula, cuka dan bawang ke dalam pinggang. kacau sehingga
semua bahan bahan tadi sebati, kemudian masukkan timun, carrot ,kobis
dan lada besar yang dipotong tadi dan gaul biar sebati.
Sambal belacan
bahan-bahan
-lada burung (cili padi)
-lada besar (untuk elakkan sambal terlalu pedas)
-belacan (wajib sebab aq kan hantu belacan hehehe)
-garam dan gula
-asam limau / cuka
cara cara membuat
-blend semua bahan bahan diatas kemudian picit asam limau. dah siap hehehe...
-nak lagi sedap..jangan blend...tapi tumbuk sendiri guna alu dan lesung batu..peerrrgghhh...sedap...
Hidangan sepinggan nasi minyak, ayam gulai, acar mentah dan sambal belacan.
Ini lah rempah yang biasa saya dan keluarga guna bila nak masak gulai
tak kira la gulai ayam ke, ikan ke, lembu ke, kambing ke.......
semua akan guna rempah ni...mmg femes kat negeri Terengganu
kalo takde rempah ni..leh ganti ngan
rempah kari la...
Ok...ini lah makanan kegemaran kami sekeluarga bila hari raya menjelma...juadah utama mak masak utk kami ialah Nasi Minyak Ayam gulai..
sedap tau....
ok...Selamat Mencuba...
No comments:
Post a Comment