Pengenalan Image Map

Followers

Tuesday, September 13, 2016

Kelebihan Karpet Patchwork 100% Cotton

Assalamualaikum...

Selamat petang semua sahabat-sahabat Nor. Moga kalian sentiasa berada dalam rahmat Allah..

Kat rumah sahabat-sahabat Nor semua pakai tikar atau karpet...? Ramai yan selesa pakai karpet kan. Tambah2 kali lantai simen, mozek atau marmar kan....sama la juga dengan Nor..suka hampar karpet di atas lantai...

Karpet yang Nor gunakan ialah karpet Patchwork. Karpet patchwork ada banyak jenis tau..ada yang material cotton dan ada juga campuran cotton dan polyster...

Nor lebih suka beli yang 100% cotton kerana lebih selesa dan sejuk aje bila kita duduk atas karpet ni...anak-anak sedara pun suka baring-baring atas karpet ni sambil menyusu dan menonton tv...hehehehe...

Karpet patchwork 100% cotton ni tidak berbulu walaupun selepas beberapa kali basuhan. Warnanya pun tak pudar. Selain Nor, ramai suri rumah lain suka karpet patchwork sbb ...

  • Ringan
  • Mudah nak cuci
  • Basuh ngan mesin basuh aje 
  • Senang nak kering
  • Tak berbulu jd tak bahaya utk anak2 yang lelah dan asma
  • Harga pum sesuai dengan kualitinya...
  • Tak gerak2 bila anak lari2 atas karpet ni sbb ada getah kat belakang karpet.
  • Corak2 pun banyak yang cun tau....

Ha....best tau guna karpet patchwork ni...selesa dan sesuai utk semua dan padan dengan semua jenis rumah..rumah kayu ka, rumah batu ka, rumah mewah ka, rumah banglo ka...heheheh..

Nor ada satu tips untuk elakkan karpet patchwork tidak pudar dek kerana pancaran matahari di jemuran. Sahabat-sahabat perlu jemur karpet patchwork dengan terbalik kan. Yang sebelah bawah di atas, dan yang sebelah depan di terbalikkan ke bawah...jd pancaran cahaya matahari tak terus ke kain....




No comments:

Post a Comment