Pengenalan Image Map

Followers

Thursday, March 29, 2012

Pualaman

Hai..kengkawan....

Kali ni saya nak kongsi pengalaman pertama saya di kelas Seni Dalam Pendidikan....tak tau apa itu Pualaman...nak redah je buat....bila tgk hasilnya yang unik...waaaa...hepi.....

Pualaman ini juga dikenali sebagai pemarmaran kerana teknik ini merupakan satu proses untuk mendapatkan kesn corak marmar.

Pualaman ialah proses membuat corak di mana cat minyak pelbagai warna terapung-apung di permukaan kertas dan mewujudkan corak-corak di atsa kertas tersebut. hasil pualaman boleh digunakan dalam kegiatan membuat poster, grafik atau kulit buku. Suminagashi merupakan teknik pualaman yang paling lama dikenalpasti.

Teknik tersebut diamalkan di Jepun untuk menghasilkan corak daripada air dan dakwat kalografi. Secara amny, teknik pualaman boleh dilakukan dengan cara yang sangat mudah atau paling kompleks bergantung kepada yang ingin menh=ghasilkan corak. Umur bukanlah sesuatu faktor penghad untuk mempelajari teknik ini kerana semua orang (kanank-kanak hingga dewasa) boleh menghasilkan karya seni.

Seonok gak...tak le susah nak buat...bahan-bahan...

Cat Minyak
Kaca
Pisau palet
Bekas berisi air
Kertas lukisan (yang agak tebal )
Penipis (Thinner)


cara-caranya ialah....

Bekas diisikan dengan air
bancuh cat minyak dengan sedikit thinner dan dititiskan mengikut citarasa sendiri
Kayu digunakan untuk mengacau dan menghasilkan corak yang dikehendaki
Tangkup kertas lukisan ke atas permukaan cat/ air dalam bekas dan keluarkan
dengan cepat
Keringkan




sampai orang dah takde saya dan kengkawan duk wat celup-celup kertas ni..aduhai..mula2 rasa mcm tak mau buat sbb kena main ngan cat-cat..tapi bila dah buat seronok la pulak....
















Ini lah hasil celupan saya ...daya buat hampir 30 keping tapi yang cantik hanya ada 8 keping je...huhuhu...takpe..lain kali cuba lagi....sonok tau....

3 comments:

  1. salam...blh tahu jenama cat yg digunakan..

    ReplyDelete
  2. Slmt pagi,apa nama jenis2 cat yg diperlukan untuk membuat pualaman ya

    ReplyDelete