Pengenalan Image Map

Followers

Tuesday, May 8, 2012

Kembara Seni 2012 Lenggong Perak

Assalamualaikum kengkawan semua...

Wah...dah lama rasanya tak berblog dek kerana kesibukan dengan class, program , assigment, dan study....skarang semua itu dah berlalu...ada skit masa terluang sementara nak final exam...wah....takutnye final exam.....sbb terlalu byk nak kena study balik....

ok...kali ni saya nak share pengalaman ngan kengkawan semua...pada 4-6 mei baru-baru ni saya dan group kelas DPLI Sej 2012 IPG Pulau Pinang telah mengadakan Kembara Seni ke Lenggong dan Kuala Kangsar Perak. Memula rasa mcm tak seronok sbb destinasi pilihan utk Kembara Seni sem ni ialah Terengganu Negeri warisan pesisir pantai...namun tidak diluluskan oleh Tuan Pengarah IPG....last minute kami memilih Lenggong tuk destinasi Kembara Seni kali ini.

sehari sebelum pegi...kami bebudak DPLI Sej IPG Pulau Pinang ni sempat lagi buat cetakan sutera saring di baju yang akan kami pakai masa nak pi kembara seni....tak sia-sia kami belajar buat benda ni..last2 dapat juga diaplikasikan dibaju sendiri..tq tidak terhingga kepada En Suhaili dan Mejar Aznan atas didikan dan dorongan kepada kami semua selama kami berada di IPG Pulau Pinang ini....





Tak sangka seronok juga kembara seni ke Lenggong....paling seronok kami di bawa menjelajah 4 buah gua dalam masa 3 jam lebih....wah..mmg sgt2 seronok.....mmg tak akan dilupakan la saat2 berada di dalam gua yang gelap dan dipenuhi kelawar....melalui detik2 cemas di mana kami terpaksa melalui satu pintu keluar gua yg sgt sempit...kaki saya hampir2 krem kerana tersepit...hahahhaha

Selepas itu kami dibawa menyegarkan badan di air terjun hutan lipur lata kekabu...wah ada air terjun...I like it.....tak sabar kami nak mandi....sbelum tu kami menjamu selera mengisi perut yg kosong dan pulihkan tenaga sebelum mandi..terasa tenang berada di kawasan ni.....hilang segala tension yg serabut di kepala....

Kemudian kami di bawa ke kuala kangsar tempat pembuatan lebu sayong ...kat sini ramai yang shopping pasu dan lampu labu sayong...termasuk saye....saya beli satu pasu labu sayong besar khas utk ibu tercinta...

Selain itu, kami di bawa ke Galeri Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar.....

Kesimpulannya, Kembara Seni kali ini amat menyeronokkan dan kenangan ini akan terus terpahat di ingatan sampai bebila...

















Tempat penginapan kami sepanjang berada di Lenggong di Tasek Raban...satu kawasan yang sangat canti dan menenangkan....

Latar Belakang Lenggong...

Menurut cerita-cerita mulut, kononnya pada zaman dahulu ada seorang Semang hendak menebang sepokok kayu yang besar. Mengikut ceritanya pokok itu sebesar empat atau lima pemelok. Oleh kerana pangkal pokok itu keadaannya berbanir, jadi susahlah hendak menebangnya. Si Semang tadi berusaha pula membuat pelenggar (iaitu suatu tempat bertanjak untuk menebang pokok).

Dengan bersusah payah ia menebang, akhirnya tumbanglah pokok itu. Tetapi malangnya pokok yang ditebang oleh Semang itu menimpa sepokok kayu yang lain yang terkecil sedikit daripadanya. Pokok yang kecil itu patah dan menyebabkan pokok yang ditebang itu terlanggong di atasnya. Batang kayu yang terlanggong itu, tinggallah di situ hingga beberapa lamanya. Akhirnya tempat itu dinamakan "Langgong". Lama kelamaan nama "Langgong" itu berubah mengikut pelat sebutan menjadi "Lenggong", kekal nama itu hingga sekarang ini.

Ada pula yang menceritakan, orang yang mula-mula meneroka hutan rimba dan mendiami di daerah Lenggong ini ialah seorang Semang juga yang bernama "Lenggong", jadi nama Lenggong yang ada pada hari ini ialah mengikut nama orang Semang yang tersebut itu.

Suatu cerita lagi, konon asalnya terbit nama Lenggong ialah kerana keadaan tempatnya seolah-olah terdinding atau terlengkong oleh bukit-bukit dan banjaran gunung. Jadi tempat tersebut dikenal dengan nama "Lengkong". Akhirnya berubah pula sebutan "Lengkong" itu menjadi "Lenggong".




HUTAN LIPUR LATA KEKABU


Hutan Lipur Lata Kekabu terletak dalam Hutan Simpan Bintang Hijau dan mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Bukit.
Air terjun yang cantik kira-kira 50 meter tinggi dan sungai yang bersih mengalir di kawasan ini.
Kawasan ini sesuai dikunjungi untuk bersiar-siar, berehat dan berkelah pada hujung minggu.
Kemudahan tapak khemah, dewan serba guna, surau serta bilik mandi disediakan untuk kemudahan pengunjung yang ingin tinggal lebih lama atau untuk menjalankan berbagai bentuk aktiviti pendidikan, rekreasi dan riadah.





JAMBATAN RAJA MUDA NADZRIN

Majlis perasmian disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
Turut hadir pada majlis itu, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun; Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah
Jambatan Raja Muda Nazrin sepanjang 742 meter
Merupakan jambatan terpanjang daripada sembilan jambatan yang dibina di Negeri Perak.

No comments:

Post a Comment