Sudah hampir setahun Nor meninggalkan jejak di blog ini. Sudah hampir setahun Nor tidak berblogger. Semua tu sebab komitmen yang tinggi pada tugas hakiki Nor. Tapi Nor sangat rindu nak mencoretkan pengalaman-pengalaman Nor di sini.
Sudah 35 tahun hidup menghirup udara di bumi Allah. Sudah terlalu banyak nikmat yang telah dirasai sepanjang hidup ini.😅 Allah maha Pemurah dan maha Penyayang. 😀 Tidak pernah dia berkira nak memberi apa yang di minta...selalu diberi..tak kira lambat atau cepat...pasti diberikannya....
Allahuakbar.... pemurahnya Allah ... sangat pemurah..minta apa sahaja Dia pasti akan bagi. Cuma kita ni sebagai hambanya jangan tamak dan jangan bersifat tidak bersyukur. Ramai antara kita kurang bersyukur. Lidahnya mengungkapkan kata-kata kesyukuran tapi dalam hatinya riak kerana rezekinya lebih daripada orang lain...kita minta Allah jauhkan kita dari sifat seperti ini. Dia mengurangkan pahala amalan kita dalam diam tanpa kita sedari.
Nor pasti sahabat-sahabat sekalian juga mahu menjadi insan yang baik dan terbaik. Nor percaya sahabat-sahabat semua mahu sentiasa ikhlas dalam melakukan apa saja perbuatan. Kerana setiap perkara baik yg kita lalukan dengan seikhlas hati...maka pahala la ganjarannya..itu lah amal kebajikan yang akan kita bawa ke sana...in shaa allah...
Nor juga seperti sahabat-sahabat sekalian 😉, kadang hati ni berbolak balik, bila nak marah perasaan jadi tak ikhlas. Cepat2 kita istifar agar kita sedar daripada sifat tidak ikhlas itu...
Ada orang sangat baik hubungan ngan rakan-rakannya, tapi rakan-rakan kurang senang dengannya. Kenapa ye agaknya...? Hal ni mungkin kerana kita mempunyai sikap yang kurang disenangi rakan-rakan. Maybe kita suka menunjuk...kita sedikit riak...percakapan kita sedikit meninggi diri dan sebagainya. Kita mesti berhati-hati semasa bercakap....
Sama-sama lah kita mengamalkan cara hidup yang diredhai Allah. Kita sentiasa cuba membaiki diri dan muhasabah diri demi mendapatkan redha Allah..
In shaa allah..
No comments:
Post a Comment