Sedar tak sedar 23 hari sudah aku berada di bumi Sarawak. Alhamdulillah..masih sihat walafiat dan masih lagi boleh senyum dengan bahagianya. Alhamdulillah....Sarawak adalah negeri pertama aku posting dan bergelar guru tetap....
Kalo dulu 3 tahun bergelar Guru Sandaran Tidak Terlatih di Pulau Pinang juga sangat seronok. Cuma kali ini aku semakin jauh ditempatkan ..jauh dari negeri kelahiran ku iaituTerengganu.
Pada 18 Januari 2014, tidak disangka-sangka nama ku naik untuk penempatan pertama DPLI-SR IPG dan paling terkejut apabila nama Sarawak terpampang di screen laptop ku. Dalam hati beristigraf banyak-banyak dan doaku agar bertenang.....lama aku termenung mengenangkan nasib diri kerana terpaksa merantau makin jauh dari keluarga demi cita-cita dan hasrat mendidik anak bangsa.
Seminggu sebelum keputusan penempatan keluar sebenarnya aku bermimpi. Dalam mimpi tu ada seorang lelaki datang kepadaku dan memberi aku 1 batang yang berisi kertas. Dia suruh aku cabut persis seperti buat cabutan bertuah....dia suruh ku buat 2 kali cabutan. pastu aku buat je la...hehehehhe...pas buat cabutan..lelaki itu buka cabutan...cabutan pertama tertera nama negeri "SARAWAK"...cabutan ke dua tertera nama "Pulau Pinang"....pastu terus aku tersedar dari mimpi ..... bila tengok jam masa tu lebih kurang jam 3.00 pagi....huhuhu...orang tua-tua kata mimpi time mcm tu alan benar2 berlaku....naaaahhhh....inilah kenyataannya....aku memang dapat penempatan di SARAWAK....wah.....hebatnya kuasa Allah...hint itu terang-terang diberikan melalui mimpi ku.....Tidak ku sangka mimpi ku menjadi satu kenyataan....
Masa untuk bersedia tidak lama. Ketika itu aku berada di Pulau Pinang dan tidak sempat sudah untuk aku pulang ke Terengganu bertemu orang tua sebelum berangka ke Sarawak. Keputusan keluar jam 6.30 petang pada 18 Januari 2014 iaitu hari Khamis. Fikiran agak kusut sebab banyak benda yang nak diuruskan berkaitan dengan pejabat kerajaan tidak dapat dibuat sbb Jumaat tu Penang cuti sempena apa entah dah lupa. Segala dokumen tak dapat dibuat cop pengesahan dan Pasport/DPT tak dapat dibuat. Apa boleh buat berserah aje lah....
Hari mengharukan Stok Shaklee belambak di rumah sebabnya stok2 baru je sampai kat rumah....sedih je tengok stok2 ni tak sempat nak jual. Apa nak buat simpan je la dulu. Nak angkut ke Sarawak masih belum tau di kawasan mana aku ditempatkan. Nasib baik barang ni boleh tahan lama...
19 Januari 2014 aku bertolak ke Negeri Sembilan untuk lapor diri bagi Majlis Oriantasi Guru Baru DPLI-SR yang akan ke Sabah dan Sarawak. Alhamdulillah perjalanan berjalan lancar dan 20 Januari 2014 aku selamat melaporkan diri. Memang tak dinafikan hati ini sangat sedih sebab aku terpaksa tinggalkan banyak perkara yang belum selesai aku uruskan. Rumah dan kereta aku tinggalkan begitu sahaja di Sg.Petani. Aku tawakal tu alallah aje lah...moga2 semua selamat tanpa sebarang gangguan. Moga ia masih menjadi milikku apabila aku pulang nanti.
Perkara yang amat sedih bila aku tidak sempat untuk pulang menjenguk orang tua di Terengganu sebelum bertolak ke Sarawak. Masa yang amat singkat membuatkan aku rasa sangat letih ke hulu ke hilir uruskan apa yang patut sebelum terbang ke Sarawak. Di saat2 akhir ramai pulak yang nak barang Shaklee..terpaksa aku hantar kepada mereka sbb dah berjanji. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusanku....
Buat ibu dan ayah di Terengganu,
Anakmu ini tidak sempat untuk pulang menjengukmu....namun dalam hatiku kalian tak pernah lekang walau sedetik. Doaku agar kalian berdua sihat sejahtera selalu. In Shaa Allah cuti bulan tiga nnt anakmu ini akan pulang menjenguk kalian. Moga kalian ampunkan dosa anakmu ini. Sesungguhnya anakmu ini amat berat hati nak tinggalkan kalian berdua. Jika dulu anakmu berada di Penang, anakmu ini akan pulang selalu menjengukmu...kerana bajnaran Titiwangsa ... Bukit Grik sanggup ku redah dengan Myvi ku untuk pulang ke Terengganu bagi menjenguk kalian. Tapi sekarang anakmu ini tidak mampu, kerana jarak yang terlalu jauh amat-amat membuatkan kita terpisah jauh. Tapi nak seribu daya tak nak seribu dalih. Akan ku pulang pabila tiba cuti panjang nanti. In Shaa Allah. Ampunkan dosa anakmu ini, doakanlah anak gadismu ini selamat semasa berada di perantauan ini. Sesungguhnya setelah 24 hari sudah berada di sini aku sudah mula merindui kalian wahai ibu dan ayahku.
Buat adik-adikku,
Jagalah mak ngan ayah baik-baik. Kakak sulong mu perlu terbang ke seberang laut demi mencari rezeki dan mencapai cita-cita yang selama ini diusahakan. kalian pasti tahu dan mengerti betapa susahnya kakak sulong mu ini hendak mencapai cita-cita nan satu ini yang ditanam sejak kecil lagi. Tiada sekelumit rasa jemu belajar dan usaha demi cita-cita menjadi pendidik ini. Kamu yang terdekat dengan mak ayah, pulang lah menjenguk mereka. Dan jika ada apa2 jangan lupa khabarkan kepadaku dijauhan ini. Ini amanatku pada mu wahai adik-adikku....jangan abaikan....jangan sesekali abaikan....In Shaa Allah aku akan pulang ke pangkuan kamu semua...In Shaa Allah....Moga Allah izinkannya....
Buat Sahabatku,
Sahabat yang sama-sama senasib denganku....moga kalian tabah dan lebih tabah dari ku untuk menempuh cabaran dan dugaan ketika berada di rantauan. Buat Classmateku ZeeRa, kak Afizah dan Fairuz....Kita sama-sama meninggalkan insan-insan tersayang demi sebuah bakti. Perasaan bercampur baur dan itu sudah pasti, tapi percayalah Allah ada habuan yang istimewa buat kita keran diberikan kita dugaan kuat ini untuk diberikan kita habuan yang paling istimewa kelak. Sama-samalah kita bertabah ye sahabat-sahabatku semua.
Buat Sahabat2 yang dapat penempatan di Semenanjung, kalian amat bertuah kerana masih dapat dekat dengan keluarga. Dekat itu dalam erti kata masih boleh pulang hujung minggu untuk menjenguk keluarga. Maka bersyukurlah....kerana rezeki itu Allah bagi kepada kalian terlebih dahulu. Itulah dinamakan rezeki.
Siapa yang nak hidup berjauhan mcm ni kan. Kalo tanya kepada sesiapa pun pasti tak ada yang akan menganggukkan kepala. Tapi ini adalah tugas dan tanggungjawab, maka datanglah aku ke sini untuk berbakti demi anak-anak yang dahagakan ilmu. Aku datang ke sini walaupun dalam keterpaksaan. Doaku ...moga-moga Allah kuatkan semangatku untuk berbakti di sini dan moga-moga Allah permudahkan segala urusan pekerjaan dan urusan kehidupanku di sini. Moga-moga Allah temukan aku dengan orang-orang yang baik-baik di sini. In Shaa Allah.
BUJANG adalah status yang membuatkan aku dihantar ke Sarawak. Ok...aku terima ...aku datang tanpa membantah...aku datang tanpa rungutan.....aku datang dengan niat yang satu iaitu demi mencapai cita-citaku yang ku usahakan hampir sepuluh tahun. Tapi bila tiba masanya aku pulang, jangan disekat-sekat...jangan dihalang-halang.......bila tiba masanya aku bertukar status kepada BERKAHWIN.........maka izinkanlah aku pulang untuk bersama keluarga tercinta. In Shaa Allah....moga Allah permudahkan.
Ku harap aku tidak menyesal datang berbakti ke sini. Makin jauh perjalanan makin banyak ilmu dan pengalaman yang dapat ku timba untuk bekalan hidupku dikemudian hari. In Shaa Allah....Moga segala urusan dipermudahkan oleh Allah. Niatku hanya satu....ingin berbakti mendidik anak bangsa agar mereka tahu siapa mereka, agar mereka sedar betapa pentingnya ilmu. Sesungguhnya tiada harta yang lebih berharga selain ilmu.
Setakat ini sahaja lah coret-coret ku kali ini...sampai berjumpa lagi di lain entri. In Shaa Allah. Hanya di sini dapat ku coretkan suara hati demi menghilangkan rasa kosong, boring dan rasa rinduku pada keluarga, kekasih hati ku dan sahabat handai ku di semenanjung. Moga kalian tak lupa aku di sini....
Sekian....
No comments:
Post a Comment