Pengenalan Image Map

Followers

Monday, September 26, 2016

Sombongnya Awak....

Awak...

jangan lah sombong sangat..

hidup kita ni tak lama...

kalo awak sombong pun apa yang awak dapat...

awak takkan dapat apa-apa jika awak terus menyombong diri...


Kenapa saya kata awak sombong...?

nak tahu apa sebabnya..?

saya kata awak sombong sebab ...

awak malas solat...

padahal awak tahu solat itu tiang agama..

awak bangga dan kagum dilahirkan sebagai Islam ..

awak mengaku Allah itu ada...

awak tahu alam semesta ini adalah bukti kekuasaan Allah

dan bukti adanya Allah..

tapi awak masih liat utk menunaikan solat...


sebab tu saya kata awak sombong...

apa lagi cara yang awak lakukan untuk mengucapkan terima kasih pada Allah..

atas kurniaan nikmat dan rezeki yang Allah bagi...

mcm mana awak nak ucapkan sedangkan awak tidak solat....

awak umpama tidak bersyukur atas segala yang awak nikmati ini...

sombong sungguh awak ni...

solat pun tak mahu...

bukan lama...sekejap aje...


awak bukan manusia yang tidak melakukan kesilapan..

bagaimana awak nak minta ampun di atas kesalahan yang telah awak lakukan..

sedangkan awak tidak solat...

apakah awak yakin Allah akan terima doa yang awak tadahkan tangan itu..

sedangkan awak tidak solat...

Allah dah bagi macam-macam nikmat dah utk awak..

solat la awak sebagai tanda awak bersyukur pada Dia yang Maha Esa...


awak jangan risau...

Allah maha pengampun...

minta lah ampun dari Allah..

bertaubatlah...bertaaubat nasuha..

mohon ampun kepada Allah..

mohon supaya awak boleh istiqamah dalam melaksanakan solat..

mohon supaya Allah lapangkan dada awak...

mohon supaya Allah ringan tulang awak utk berwuduk dan solat..

mohon agar Allah kurniakan solat yang khusyuk...

in shaa allah...


solat lah...

solat itu tiang agama...

solat itu adalah satu jihad...



No comments:

Post a Comment