Ini
adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan
disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua
orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak
sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh
tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami
getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang
baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan
mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat
dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah
tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar
akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau
mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian ,
tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang
sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk
memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan
urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
40 hari sebelum hari mati
Tanda
ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan
berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan
gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat
maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas
kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan
terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan
jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan
bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi
kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang
akan dicabutnya.
7 hari
Adapun
tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji denganmusibah
kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya
berselera untuk makan.
3 hari
Pada
ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita
iaitudiantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalahkita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak
najis dan iniakan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita
nanti. Ketika inijuga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakithidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kitamelihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagianhujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak
kakinya yangterlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar
ditegakkan.
1 hari
Akan
berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutandi
sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan
kitatidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan
berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk
dibahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan
naik kebahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah
syahadahdan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk
menjemputkita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan
sekarangakan mematikan pula.
Penutup
Sesungguhnya
marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kitaadalah di
antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan
diberikesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita
dapatmembuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada
dari AllahSWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan
hutang piutang kita. Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT
yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan
bahawa tarikh matiseseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan
doa iaitu samada doadari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.
Namun ianya adalah ketentuanAllah SWT semata-mata. Oleh
itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita
diberihidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan
kesihatantubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari
keredhaan AllahSWT samada di dunia mahupun akhirat.Apa yang baik dan
benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dansilap itu
adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.WALLAHUA`LAM Moga-moga setiap
kita dan keluarga diampuni Allah dan diberkati hidup danmati hingga
dapat mempersiap sediakan bekalan untuk hari kemudian kita.Bacalah
kandungan ini agar dapat menjadi ingatan kita semua.
Insyallahmulalah
bertaubat, yang masih malas sembahyang ubah sikap umur kita semakinhari
semakin meningkat. Rezeki dicari biarlah betul-betul halal. Biar sesal
dahulu jangan sesal kemudian. Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan
berharap saudara saya semua begitu juga. Cubalah kita ingat mengingat
sesama kita selagi mampu.
No comments:
Post a Comment