Pengenalan Image Map

Followers

Thursday, January 24, 2013

Pengajaran Mikro



Menurut Micheel J. Wallace di dalam Wan Md Hatta Wan Ahmad (2011), Pengajaran mikro adalah penemuan pengajaran yang dimudahkan. Pengertian itu membawa makna iaitu satu situasi pengajaran yang telah dikurangkan skopnya, iaitu tugas guru dipermudahkan, mata pelajaran dipendekkan dan bilangan murid dikecilkan.

Pengajaran mikro ialah satu teknik pengajaran di laksanakan tidak melebihi lima belas minit. Tujuan pengajaran mikro adalah untuk melatih kemahiran guru pelatih mengajar secara berperingkat. Guru pelatih boleh memahirkan diri mereka untuk menjalankan aktiviti pengajaran seperti pengajaran set induksi, menjalankan aktiviti berkumpulan atau mencuba menerapkan pelbagai teknik-teknik pengajaran di dalam pengajaran mikro mereka melalui pelbagai teori pengajaran yang telah diterapkan oleh pensyarah. Mikro bermaksud kecil atau halus. Pengajaran mikro bermaksud pengajaran yang memberikan ocia atau tumpuan kepada bahagian-bahagian kecil tertentu yang apabila digabungkan kesemuanya, akan menjadi satu pengajaran yang lengkap. Pengajaran mikro bermaksud latihan pengajaran amali yang dipermudahkan dari aspek skop dan organisasinya. Istilah “mikro” bermaksud sesuatu yang kecil dan apabila dikaitkan dengan pengajaran ini bermaksud aspek utama iaitu saiz kelas, masa dan kemahiran mengajar dijadikan “kecil” dalam serba serbi. Kesimpulannya, pengajaran mikro digunakan untuk memerihalkan teknik pengajaran untuk membolehkan pelatih atau pelajar menguasai, melatih atau memurnikan kemahiran pengajaran dalam situasi yang dikurangkan dari segi kesukarannya. Maka dalam melaksanakan pengajaran mikro, bilangan pelajar dan peruntukan masa dikurangkan.

Terdapat 6 bahagian di dalam pengajaran mikro iaitu set induksi, kemahiran menyoal, kemahiran menerang, kemahiran penggunaan papan tulis, kemahiran pengukuhan, dan kemahiran penutup.

          Mok Song Sang (2001) menyatakan set induksi merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dimana tujuan utama mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka dapat memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan. Maka set induksi boleh ditafsirkan sebagai satu cara untuk memulakan pengajaran dengan menjana idea kepada pelajar mengenai pembelajaran yang akan diajar. Ia adalah penting kerana melalui set induksi para guru akan cuba menerap minat dan perhatian pelajar supaya mereka berada dalam keadaan bersedia.

        Terdapat 4 komponen di dalam set induksi iaitu menarik perhatian, mewujudkan motivasi, perkaitan, kognitif dan menstruktur. Komponen pertama ialah menarik perhatian. Guru boleh menarik perhatian pelajar melalui mewujudkan persoalan melalui aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan atau menimbulkan rasa ingin tahu pelajar. Komponen kedua ialah mewujudkan motivasi. Guru perlu memastikan pelajar dalam keadaan bersedia untuk belajar. Perhatian pelajar adalah penting bagi memastikan proses pengajaran lebih mudah. Komponen yang seterusnya adalah perkaitan kognitif. Guru perlu membuat perkaitan pengetahuan sediada dengan pelajaran baru akan menjadikan pengajarannya lebih berkesan. Contohnya, guru mengajar ciri-ciri umum tumbuhan sebelum membicangkan ciri-ciri khusus tumbuhan. Komponen yang terakhir ialah menstruktur. Melalui proses menstruktur, guru akan memberikan arahan kepada pelajar cara menlaksanakan tugasan. Proses ini penting untuk memastikan pelajar dapat mengikuti proses pembelajaran yang berkesan.

Bahagian kedua pengajaran mikro iaitu kemahiran menyoal. Kemahiran menyoal merupakan teknik yang penting dalam aktiviti pengajaran guru untuk menolong pelajar mengingatkan kembali ilmu pengetahuan lepas. Kemahiran menyoal dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah salah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mendapatkan tindak balas daripada pelajar sama ada mereka memahami atau tidak tajuk yang disampaikan. Selain itu, soalan juga dapat membantu pelajar secara langsung dalam meningkatkan prestasi pelajaran mereka. Secara umumnya apabila guru ingin menyoal pelajar, guru akan memberi soalan kepada keseluruhan kelas. Setelah memberi mereka waktu untuk memikirkan jawapan, barulah guru memilih secara rawak beberapa orang pelajar untuk menjawab soalan tersebut. Kaedah menyoal yang betul seperti ini dapat membangkitkan kecerdasan serta menggalakkan pelajar untuk berfikir. Kaedah ini juga dapat merangsang pemikiran pelajar. Selain itu, tujuan menyoal adalah untuk memperoleh maklum balas tentang pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula kebanyakan penilaian adalah bergantung kepada soalan, maka setiap soalan mempunyai objektifnya sendiri iaitu yang pertama adalah bertujuan untuk menggerakkan minda murid. Ini bermakna guru akan mencungkil dan merangsang idea pelajar semasa sesi soal jawab dengan menggunakan soalan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. 

 

Objektif yang kedua ialah untuk menilai pemahaman pelajar. Kefahaman pelajar dapat diukur melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Sesi soal jawab merupakan salah satu latihan sebelum pelajar menhadapi ujian atau peperiksaaan Objektif yang ketiga pula ialah untuk membimbing pelajar. Pelajar biasanya sering menunjukkan kelemahan dalam memberikan jawapan. Dalam kaedaan ini guru hendaklah tidak terus menyalahkan jawapan pelajar. Sebaliknya, guru wajar menggunakan teknik soalan yang memberikan panduan ocial jawapan yang dikehendaki sehingga pelajar menyedari kesilapan mereka dan cuba membetulkan kesalahan itu. 

 

Objektif yang keempat ialah merentas pembelajaran. Proses pembelajaran pelajar harus berlaku secara aktif sepanjang masa. Bentuk soalan boleh juga menggunakan konsep yang diperoleh dalam sesuatu mata pelajaran kepada situasi yang lain.  Objektif yang kelima ialah mengekalkan perhatian pelajar. Guru dapat mengenal pasti tingkah laku pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku. Jika guru ternampak pelajarnya sedang berkhayal atau leka, teknik soalan boleh digunakan untuk mengembalikan semula perhatiannya tanpa memarahi dan mengherdik pelajar terbabit. 

 

Objektif yang terakhir ialah mengeratkan interaksi. Tujuan menyoal juga dapat mengeratkan interaksi antara guru dengan pelajar dan ocial pelajar disamping dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik dan harmoni.


Bahagian ke tiga pengajaran mikro merupakan kemahiran menerang digunakan untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran kepada pelajar, biasanya dalam peringkat perkembangan. Semasa menggunakan kemahiran menerang, guru memberi penerangan kepada pelajar tentang sesuatu isi pelajaran dengan menggunakan contoh, ilustrasi atau sumber pelajaran .Kemahiran yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah mempunyai objektifnya yang tersendiri. Kemahiran menerang ini penting sebagai satu medium yang disifatkan sebagai alat perhubungan yang digunakan oleh guru untuk menerangkan ilmu-ilmu baru kepada murid sekolah. Antara objektifnya ialah, menyampaikan maklumat atau menjelaskan isi pelajaran dengan jelas. Isi-isi pelajaran yang terkandung dalam pnp kita nanti sebagai seorang guru akan sentiasa berubah-ubah. Suatu cabaran yang perlu kita tempuhi sebagai seorang guru, ialah bagaimana cara kita memnerangkan input-input tersebut kepada para pelajar.  

Selain itu, objektif yang lainnya ialah memudahkan pelajar memahami konsep atau isi pelajaran dengan jelas. sekiranya penyampaian serta penerangan yang kita sampaikan mencapai tahap penerangan yang bernas, kreatif serta kritis, nescaya murid-murid yang menerima penerangan daripada kita akan mudah memahami konsep atau isi pelajaran dengan jelas dan tepat. Objektif seterusnya ialah menghuraikan sesuatu proses atau prosedur seperti langkah- langkah menjalankan satu ujikaji atau menyelesaikan masalah matematik. Jika penerangan yang diberikan boleh diterima pakai oleh murid, maka setiap subjek sukar pasti akan difahami. Hal ini kerana kita sebagai seorang guru perlu meletakkan keutamaan kepada kefahaman murid-murid terlebih dahulu.
          Akhir sekali, ialah menjelaskan sebab- sebab berlakunya sesuatu peristiwa atau meramalkan kemungkinan berlakunya peristiwa tertentu. Perkara akan datang tidak akan diketahui oleh kita, tetapi kita boleh menyiapkan diri kita sebagai langkah berjaga-jaga tentang peristiwa yang akan berlaku pada hari mendatang. Sudah semestinya merupakan tugas kita sebagai seorang guru, menyediakan murid-murid ke arah itu.
Kemahiran penggunaan papan tulis ialah kecekapan guru merancang penggunaan ruang papan tulis dan menyusun tulisan, nota dan gambarajah di ruang papan tulis yang paling berkesan. Kemahiran ini dapat membantu murid-murid membaca catatan guru dan memahami tulisan guru semasa penerangan guru. Dengan kemahiran ini juga, penyampaian ilmu menjadi lebih berkesan dan merupakan langkah yang digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada para pelajar agar menjadi insan yang cemerlang kelak. Kemahiran yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah mempunyai objektifnya yang tersendiri. Kemahiran penggunaan papan tulis ini penting sebagai satu medium yang disifatkan sebagai alat perhubungan yang digunakan oleh guru untuk menerangkan ilmu-ilmu baru kepada murid sekolah.
          Antara objektif kemahiran penggunaan papan tulis ini ialah, guru dapat menggunakan papan tulis dengan kemas dan berkesan semasa menerangkan idea, konsep dan fakta dengan lebih berkesan. Penyampaian yang berkesan ini akan member impak yang sama kepada kefahaman serta kemahiran pelajar kelak.
          Selain itu juga, menulis di papan tulis dapat menarik penglihatan murid dan menekankan kepentingan isi atau fakta pengajaran. Hal ini akan menjadikan ocia serta perhatian murid tertumpu pada isi serta fakta yang ditulis pada papan tulis tersebut. Jika ocia yang sebegini dapat dihasilkan, kecemerlangan murid pasti akan di capai.
               Objektif lainnya, kemahiran penggunaan papan tulis ini merupakan salah satu cara mevariasikan ransangan pengajaran. Melalui penggunaan papan tulis, kita dapat memikirkan lebih daripada satu cara untuk menjadikan pengajaran serta pembelajaran di sekolah lebih kreatif serta kritis. Perkara ini sudah pasti memberi keriangan serta keseronokan dalam pembelajaran kepada murid khususnya murid tahap satu. Akhir sekali, objektif yang ocial dilihat daripada kemahiran penggunaan papan tulis ialah menjadikan salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, pengajaran dan pembelajaran tidak terhad kepada ruang lingkup sukatan pengajaran sekolah rendah sahaja. Namun pengisian yang di masukkan menggunakan papan tulis juga merupakan satu aktiviti pembelajaran.

Kemahiran pengukuhan atau peneguhan merupakan satu teknik motivasi kepada murid-murid yang ocial menjawab soalan guru atau menunjukkan prestasi yang baik. Peneguhan ini boleh diberi secara vebal atau non-vebal. Tingkah laku vebal merupakan pujian secara lisan seperti baik, bagus manakala tingkah laku non-verbal pula merupakan gerak geri positif seperti senyuman, angguk kepala dan sebagainya. Terdapat 5 komponen kemahiran pengukuhan iaitu lisan positif, gerakan isyarat posititf, sentuhan guru, dampingan guru dan lisan negative. Lisan positif ialah guru hendaklah menggunakan menggunakan lisan seperti baik, betul bagi memotivasikan pelajar. Guru meminta murid lain mengulang jawapan yang betul Gerakan isyarat positif menunjukkan senyuman, anggukan kepala, tepuk tangan dan lain-lain. Sentuhan guru pula guru pergi dan berdiri ditepi murid dengan sentuhan bahu atau kepala. Dampingan guru pula guru mendampingi murid dan bertanya khabar. Lisan negatif pula pengeluarkan kata-kata yang ociale seperti buruk, bukan, salah dan lain-lain.

Kemahiran penutup merupakan satu teknik mengakhiri satu sesi pelajaran. Ia merupakan bahagiaan terakhir pengajaran dan pembelajaran guru. Ia boleh ditutup dengan aktiviti penilaian, pengukuhan atau ulasan mudah skop pengajaran pada hari itu.

Berkaitan kognitif, dalam mengakhiri pengajaran dan pembelajaran contohnya ketika dalam kelas, guru perlu membuat rumusan isi pelajaran. Rumusan ini, melingkupi ringkasan yang dibuat terhadap pembelajaran yang dilakukan pada hari tersebut. Selain itu, pengulangan fakta-fakta penting dalam pembelajaran perlu dilakukan bagi menghindarkan murid lupa akan apa yang perlu dilaksanakan. Dengan kata lain, guru mestilah membuat penilaian atas apa yang diajar di samping melakukan aktiviti pengukuhan. Dari segi sosial, guru perlumenimbulkan perasaan kejayaan dan pencapaian. Mewujudkan perasaan ingin tahu murid-murid  dan member motivasi kepada mereka. Hal ini penting bagi menjamin perasaan minat mereka dalam pnp. Seterusnya, tugas guru dalam penutup ialah mengaitkan kefahaman ini dengan pelajaran akan datang.

No comments:

Post a Comment