UJIAN FORMATIF
-Bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji 1 unit kemahiran/
subkemahiran yang telah diajar
-Ujian berdasarkan sub kemahiran yang diajar dalam jangka masa pendek ( hari , minggu atau bulan )
-Ujian ini dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlansung
-Maklumat yang diperoleh digunakan serta merta dalam memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar murid
-Bukan bertujuan untuk membandingkan murid.
-Bercorak ujian diagnostik - memberi input akan masalah yang dihadapi murid dalam mengikut pembelajaran
TUJUAN UJIAN FORMATIF :
1.Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran -supaya murid dapat menguasai dengan lebih
baik.
2.Menguji tahap kemajuan murid dalam mencapai atau menguasai subkemahiran bahasa
3.Memberikan bimbingan pembelajaran kepada murid – berdasarkan maklumat yang
diperoleh daripada ujian
4.Memperbaiki kualiti dan dapat meramal pencapaian murid
UJIAN SUMATIF
- Bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji pencapaian murid dalam beberapa kemahiran bahasa yang telah diajar.
- Ia dilaksanakan dalam jangka masa yang panjang, seperti selepas satu semester atau satu tahun persekolahan.
- Skop ujian diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa.
- Contoh :
a) ujian bahasa yang dibina oleh guru untuk
ujian akhir semester dan tahun.
b) PMR, SPM, STPM
-kemahiran-kemahiran bahasa yang diuji adalah banyak dan menyeluruh seperti lisan, bacaan dan penulisan.
-Aspek-aspek bahasa yang lain yang diuji ialah seperti:
a) tatabahasa
b) perbendaharaan kata
c) semantik
d) peribahasa (simpulan bahasa atau/dan perumpamaan)
Perbezaan ujian sumatif dan ujian formatif
Perbezaan antara ujian formatif dan sumatif pada asasnya berdasarkan skop kemahiran, jangka masa P&P atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diuji.
Ujian Formatif
Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.Tujuan utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek.
Ujian Sumatif
Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa.
No comments:
Post a Comment