Pengenalan Image Map

Followers

Tuesday, April 10, 2012

KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGAJARAN

•Memberikan arahan atau berkongsi pengetahuan dengan orang lain.
•Satu cara untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik.

•Merupakan proses untuk menyampaikan & menyumbangkan idea-idea yang boleh menggalakkan kreativiti pelajar.

•Membantu pelajar untuk belajar dan mencabar pelajar ke arah pencapaian potensi yg optimum

•Pengajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan kaedah arahan.

•Memberikan arahan-arahan atau berkongsi pengetahuan dengan orang lain.

•Menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan.

•Pengajaran merupakan proses untuk menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudah cara pembinaan ilmu, menentukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu pelajar untuk belajar dan menggalakkan pencapaian prestasi pelajar yang optimum.

•Pembelajaran boleh dianggapsatu roses guru-guru menggalakkan murid-murid memperolehi ilmu dan kemahiran serta nilai-nilai yang baru mengunakan kaedah dan pendekatan pengajaran yang berbeza.

•Pengajaran melibatkan PERANCANGAN, PELAKSANAAN, REFLEKSI dan MENGULANG STRATEGI


PEMBELAJARAN

•Perubahan tingkah laku manusia yang kekal akibat interaksi dengan persekitaran.
•Unisec,Lockhart dan Walters(1990) mendefinisikan pembelajaran sebagai satu perubahan yang agak kekal dan sesuatu yang berubah akibat daripada pengalaman.

•Pembelajaran didefinisikan sebagai perubahan tingkah laku manusia yang agak kekal akibat interaksi dengan persekitaran dan pengalaman.

•Pembelajaran ialah proses perubahan tingkah laku yang kekal akibat pengalaman atau latihan yang diulang-ulang.

•Proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran

•Pembelajaran juga ditakrifkan sebagai perbuatan atau pengalaman seseorabf yang diperolehi melalui pendidikan.

•Dari segi pendidikan – pembelajaran ialah perubahan tingkahlaku seseorang akibat ilmu, kemahiran atau amalan yang diperolehi melalui proses pendidikan.

•Pembelajaran berlaku apabila murid mengaplikasikan ilmu yang baru itu dalam kehidupan sehariannya.

PROSES PEMBELAJARAN GAGNE

•Peringkat 1 – Motivasi
–pelajar akan menerima rangsangan daripada persekitaran. Maka pembelajaran akan berlaku jika seseorang pelajar itu bermotivasi.

•Peringkat 2 – Memberi perhatian: Memastikan Perhatian Pelajar
–Pelajar akan belajar jika mereka mendengar dan menumpukan perhatian kepada pengajaran yang disampaikan.
–Proses pembelajaran haruslah menarik, menyeronokkan pelajar dan sebagainya.

•Peringkat 3 dan 4 – Perolehan dan Ingatan
–Dalam proses pembelajaran, aspek yang paling penting adalah memori.
–Guru perlu menggunakan kaedah pengajaran yang dapat membantu pelajar mengingati perkara yang diajar.
–Contohnya, bahan pembelajaran disusun secara teratur memudahkan pemahaman, pengurusan grafik, gambar, audio atau video klip yang melibatkan pelbagai deria.

•Peringkat 5 – Ingat Kembali dan Retrieval
–Maklumat yang disimpan akan diingat kembali dan digunakan.
–Retrieval merujuk kepada proses mengesan maklumat yang disimpan dan disalurkan kepada kesedaran pelajar (Yelon dan Weinstein 1977).
– Bahan pembelajaran yang bermakna kepada pelajar dan mudah difahami agar memudahkan maklumat diingati kembali oleh pelajar.

•Peringkat 6 – Generalisasi
–Dalam fasa ini pelajar mengingat semula fakta atau pengalaman untuk diamalkan dalam suatu situasi baru yang sesuai dan sepadan.
–Pengajaran dianggap berjaya jika pelajar mampu mengaplikasi apa yang dipelajari dalam situasi baru.

•Peringkat 7 – Prestasi
–Dalam fasa ini, pelajar dapat menunjukkan bahawa pembelajaran telah berlaku.
–Guru boleh mempengaruhi cara pelajar memberikan respons dan maklumat dengan mengemukakan soalan secara lisan atau bertulis kepada pelajar.

•Peringkat 8 – Maklum Balas dan Peneguhan
–Dalam fasa ini, pelajar telah mencapai matlamatnya.
–Berdasarkan respons pelajar terhadap soalan-soalan, guru perlu memberikan maklum balas dengan prestasi mereka.
–Maklum balas ini bertujuan untuk memaklumkan tentang prestasi pelajar serta penambahbaikan yang perlu dilakukan.
–Maklum balas ini harus serta-merta untuk memperolehi kesan terhadap pembelajaran pelajar.

No comments:

Post a Comment