Pengenalan Image Map

Followers

Tuesday, April 10, 2012

Konsep Pengurusan Bilik Darjah

KONSEP PENGURUSAN BILIK DARJAH (PBD)


1.Definisi PBD:

-Prosedur-prosedur dan keperluan-keperluan yang dicipta untuk mengekalkan persekitaran P&P yang sihat.

2.Komponen utama dalam PBD:
i.Menetapkan cara-cara untuk mengelak masalah pengurusan daripada berlaku dalam bilik darjah.

ii.Menentukan cara-cara untuk menentukan tingkah laku murid untuk mengekalkan satu iklim bilik darjah (persekitaran pembelajaran) – emosi pelajar.

iii.Memutuskan bagaimana guru akan bertindak apabila murid-murid menunjukkan tingkah
laku bermasalah dalam bilik darjah.

iv.Menentukan bagaimana guru akan menstrukturkan semula iklim bilik darjah yang sihat selepas membetulkan tingkah laku yang negatif murid-murid – sama ada guru perlu tegas atau lembut.

RUTIN BILIK DARJAH

•Rutin merupakan satu cara tetap untuk menjalankan aktiviti bilik darjah setiap hari atau prosedur tetap menjalankan aktiviti harian bilik darjah.

•Penggunaan rutin di dalam bilik darjah akan menjamin kelancaran aktiviti-aktiviti.

•Guru sebagai pentadbir menjalankan rutin seperti menanda jadual kedatangan,menyemak keadaan fizikal bilik darjah, mengeluar dan menyimpan bahan-bahan seperti buku cerita, berus, menyemak dan memulangkan buku latihan, mengutip yuran dan lain-lain.

•Murid-murid pula boleh menjalankan rutin seperti membersihkan bilik darjah, membuka tingkap dan pintu, membersihkan papan hitam, mengedar dan menghantar buku latihan,menyusun meja dan kerusi, menghias bilik darjah dan mengemas kini bahan-bahan pada
papan kenyataan.

No comments:

Post a Comment