Kronologi pendidikan saya:
Sekolah Kebangsaan Rasau Kerteh B1, Dungun, Terengganu (kini SK Felda Rasau)
(saya bersekolah di sini dari tahun 1988 hingga 1993 )
Di pintu pagar ini lah saya selalu bertugas sebagai pengawas sekolah di waktu pagi. Cepat sungguh Masa berlalu saya telah meninggalkan sekolah ini telah hampir 20 tahun...
Lepas UPSR saya dihantar ke Sekolah Menengah Ketengah Jaya, Dungun Terengganu.....agak jauh dari rumah...setiap pagi jam 6.30 pagi kena naik bas utk ke sekolah....waktu mmg agak sukar Felda kerteh masih lagi kekurangan kemudahan awam....saya bersekolah di sini dari tingkatan 1 hingga 3 sahaja.....
Lepas dapat keputusan PMR saya berpindah ke sekolah baru iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar B1 (kini dikenali dengan nama baru iaitu Sekolah Menengan Seri Rasau). Masa tu saya dan rakan2 adalah batch pertama tingkatan 4 di sekolah ni....sekolah baru.....tak jauh dari rumah hanya 10 minit sahaja......
Sekolah ni menyimpan seribu satu kenangan untuk saya dan kawan-kawan dari tahun 1997 hingga 1998. Sekolah ini menjadi saksi kami yang siang malam bekerja keras utk menghadapi peperiksaan SPM pada ketika itu. Kami hanya anak kampung yang ingin menjadi insan berjaya dunia dan akhirat cuba sedaya upaya berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sebuah kejayaan. Kehidupan serba kekurangan di Felda pada waktu itu tidak mematahkan semangat kami.....Terima Kasih tidak terhingga kepada cikgu-cikgu yang telah mendidik kami sehingga kami berjaya dalam SPM pada waktu itu....
Lencana Sekolah tetap sama seperti dahulu walaupun nama sekolah telah ditukarkan....
Selepas SPM dengan keputusan yang sesuai dengan usaha saya melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara cawangan Dungun dalam jurusan Diploma Sains Kompute 3 tahun. Sebelu ke UITM saya mendapat tawaran ke KUSZA dan telah mendaftarkan diri utk belajar di sana ....sempat belajar di KUSZA selama 3 bulan dalam Sijil Teknologi Maklumat. Selepas itu dapat plak UITM....dan dapat jugak Potiteknik Kota Bahru.....setelah berfikir panjang...saya telah amik keputusan untuk sambung belajar di UITM Dungun.....
Dulu....Kolej...skarang dah upgrade jadi Universiti....
3 tahun belajar kat UITM Dungun....Fuuuhhh...terlalu banyak kenangan indah bersama sahabat-sahabat yang masih utuh dengan ikatan persahabatan hingga kini.....dari tahun 1999 hingga 2002.......kelas....pantai..laut...hostel...bandar dungun..pasar malam...van Uitm..picnic.....jogging kat pantai....waaaaaaaaaaa....mmg tak dapat dilupakan......Alhamdulillah saya berjaya habiskan pengajian 3 tahun di sini......
After graduate kat UiTM...bermulalah misi mencari kerja....dengan berbekalkan segulung Diploma Sains Komputer ke hulu ke hilir mencari kerja....berpucuk-pucuk surat dihantar ke firma-firma......berpuluh-puluh temuduga telah dilalui...tapi hampeh....kerjanya tak dapat2.....
Namun...Alhamdulillah akhirnya saya telah diterima bekerja secara kontrak di Jabatan Pelajaran Terenggan dan ditempatkan di Unit ICT Ti_Man Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu. Gaji waktu itu hanya dalam lingkungan RM 400 hingga RM 600 sahaja. Gaji ikut hari bekerja....Alhamdulillah....boleh le wat belanja makan, pakai dan bayar PTPTN skit2....saya bekerja di sini hampir 2 tahun. Memang sangat best bekerja di sini...pelbagai pengalaman penting yg saya kutip semasa bekerja di sini... Saya diberi tugas untuk terlibat secara langsung dalam pembinaan Sistem E-Lapor murid-murid sekolah-sekolah Terengganu. Selain itu saya juga ditugaskan sebagai Pembantu Fasilitator semasa kursus komputer diberikan kepada guru-guru di seluruh Negeri Terengganu. Alhamdulillah saya suka dengan kerja saya....sangat seronok.....Hotel Permai Park In umpama rumah nombor 2 saya pada ketika itu....

Dalam masa yang sama saya tetap memohon untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan utk merealisasikan cita-cita saya untuk menjadi seorang Guru...beberapa kali percubaan saya lakukan namun tidak berhasil......saya terfikir-fikir bagaimana lagi caranya utk saya melanjutkan pelajaran dalam bidang kesukaan saya itu...fikir punya fikir....saya telah ambil keputusan untuk menduduki peperiksaan STPM.... pada perancangan awal saya hanya mahu belajar sambil bekerja. Namun ayah memberi kata dua iaitu..kalo nak kerja..kerja aje..kalo nak belajar ..belajar aje...sbb ayah tak nak saya takda dapat fokur dalam kerja atau belajar yg saya buat....so...nak tak nak saya kena berhenti kerja dan belajar....
Alhamdulillah Pusat Pendidikan Yayasan Islam Daerah Besut (PPYIT) telah menerima saya sebagai pelajarnya. Pada mulanya Tuan Pengetua tak mahu menerima saya sbb umur saya telah mencecah 23 tahu waktu itu tambahn pula saya tidak pernah menduduki STPM sebelum ni. Sekolah itu hanya ambil pelajar yang hendak mengulang semula STPM dalam erti kata pernah meduduki STPM di sekolah harian biasa sekali atau dua kali. Namun saya tidak pernah menduduki STPM sebelum ni dan beliau kurang yakin dengan kemampuan saya....tapi kuasa Allah mengatasinya..saya pergi merayu dan menunjukkan kesungguhan bahawa saya boleh walau terpaksa belajar beberapa bulan sahaja utk menduduki STPM......

Alhamdulillah...2hb April 2004 saya mendaftar masuk ke sekolah itu ..... bermula la kehidupan saya sebagai seorang pelajar sekolah...berpakaian seragam sekolah diusia 23 tahun.....semangat dijiwa tidak pernah kenal erti waktu tidur...mmg takde waktu tidur untuk saya waktu itu....masa tidur hanya 2 jam sehari....waktu lain dipenuhkan dengan membaca. Hasil usaha mengutip ilmu hampir selama 8 bulan menjadi bekalan untuk saya menduduki STPM....Alhamdulillah dengan keputusan yang diperolehi. Bak kata pepatah "Di mana ada kemahuan di situ ada jalan".
Selepas beberapa bulan bercuti, tiba lah masanya untuk saya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda....sebenarnya hati ini berat sangat nak pergi sebab bidang yang diidamkan masih belum kesampaian. Namun atas permintaan seorang ayah...saya akur...sya terpaksa pergi...masa tu saya pasrah...mungkin tiada rezeki utk saya menjadi seorang guru....
Tahun 2005 saya telah menyambung pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam di Universiti Utara Malaysia, Sintoh Kedah. Saya terpaksa redha dengan ketentuan Allah ini andai diri ini sebenarnya bukan dilahirkan untuk menjadi seorang Murabbi di muka bumi Allah ini.....

Pada usia 26 tahun saya kembali bergelar seorang mahasiswa ... alhamdulillah segala-galanya berjalan dengan lancar. Segala dugaan dapat diatasi dengan jayanya .... pelbagai kenangan manis dan pahit tercipta tanpa disangka-sangka....Alhamdulillah....pengalaman dan ilmu itu mampu membentu diri saya menjadi insan yang berkeyakinan diri yang tinggi.....insyaAllah....
3 tahun bergelumang dengan buku, artikal, jurnal, kajian, soal selidik, ujian, kuiz, exam, kajian lapangan, penyelidikan dan sebagainya...akhirnya syukur Alhamdulillah saya graduate dengan jayanya pada 2008.
Keinginan untuk bergelar guru dan mendidik anak bangsa masih tebal dalam diri. Oleh itu saya telah ke beberapa pejabat pelajaran daerah untuk memohon Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). Alhamdulillah saya berjaya. Hampir 3 tahun bergelar GSTT saya telah diterima untuk mendapatkan latihan perguruan di Institut Pendidikan Guru kampus Pulau Pinang. Perkara ini tidaklah di sangka-sangka......Maha Suci Allah yang Maha mendengar setiap doa hamba-hambanya yang ikhlas......
Ini lah serba sedikit kisah pendidikan saya dari dulu hingga sekarang....insyaAllah saya tidak akan berhenti sampai setakat ini sahaja....InsyaAllah...jika ada kesempatan saya akan terus menyambung pengajian hingga ke peringkat yang lebih tinggi..Mudah-mudahan niat ni direstui oleh Allah yang Maha Mengetahui......

Alhamdulillah....berkat kesabaran dalam mengharungi kesusahan dalam tempoh menimba ilmu akhirnya Allah kabulkan permintaan saya tuk bergelar pendidik,,...insyaAllah cita-cita itu akan jadi realiti penghujung 2013 nnt.....
ReplyDelete