KAEDAH, TEKNIK, PENDEKATAN, STRATEGI PENGAJARAN
KAEDAH PENGAJARAN.
Kaedah bermaksud cara, aturan, hukum atau prinsip. Sesuatu kaedah terdiri daripada siri tindakan yang sistematik untuk mencapai sesuatu matlamat.
Kaedah pengajaran terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Contoh-contoh kaedah pengajaran adalah seperti bercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, percambahan fikiran, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan dan lain-lain.
TEKNIK PENGAJARAN
Teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika guru tidak menguasai teknik yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar objektif pengajaran tidak tercapai.
PENDEKATAN PENGAJARAN
Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau halatuju untuk mencapai sasaran. Pendekatan pengajaran digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran, mata pelajaran dan sebagainya.
Contohnya, pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya.
Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.
Pendekatn yang memberi tumpuan kepada pengajaran disebut sebagai pendekatan memusatkan guru seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi.
Manakala pengajran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid. seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.
Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata pelajaran mengikut tema-tema pelajaran misalnya pengajaran Alam dan Manusia menggunakan perdekatan pendekatan bersepadu yang menggabungkan matapelajaran Sejarah, Geografi dan Kesihatan. digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baru.
Dalam pengajara bahasa pula, terdapat pendekatan-pendekatan seperti pendekatan komunikasi, pe situasi,psiko-linguistik, terjemahan dan tatabahasa. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behaviouris.
STRATEGI PENGAJARAN
Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Penggabungan pendekatan dan kaedah serta bagaimana pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.
Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. . Contohnya, dalam bilik darjah KSSR yang terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas, memerlukan pelbagai kaedah mengajar yang dirancang secara teratur untuk membentuk strategi pengajaran yang berkesan.
Sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran-pembelajaran yang paling maksimum.
No comments:
Post a Comment