KECERDASAN FIZIKAL
Definisi
Kecerdasan fizikal bermaksud keupayaan seseorang untuk melakukan aktiviti harian dengan cekap dan bertenaga tanpa rasa penat yang keterlaluan. Di samping itu, dia juga mempunyai tenaga yang cukup untuk menjalankan aktiviti riadah dan menghadapi cabaran apabila timbulnya kecemasan.
Kecerdasan fizikal untuk kemahiran dalam prestasi sukan dan permainan merujuk kepada keupayaan seseorang untuk bertanding dalam sukan dan permainan dengan mempunyai tenaga, daya kuasa, daya tahan, ketangkasan, keterampilan serta ketepatan untuk mencapai tahap kecemerlangan. Untuk itu, seseorang atlit atau pemain perlu memiliki kecergasan fizikal dalam kesihatan.
Konsep
1-Berasaskan Kesihatan
• Daya tahan kardiovaskular merujuk kepada keupayaan jantung dan salur darah membekalkan oksigen kepada sel-sel badan semasa aktiviti fizikal dijalankan.
• Kekuatan otot merujuk kepada kebolehan otot mengatasi rintangan semasa aktiviti fizikal, iaitu apabila otot menjadi kuat aktiviti fizikal itu menjadi ringan dan tidak cepat mendatangkan keletihan.
• Daya tahan otot merujuk kepada kebolehan otot menghasilkan daya berulang-ulang dalam suatu tempoh masa.
• Kelenturan bermakna keupayaan sendi anggota untuk bergerak dengan lancar tanpa berasa sakit dan lesu.
• Komposisi tubuh merujuk kepada peratusan lemak nisbah kepada peratusan otot dalam badan. Seseorang boleh dianggap cergas jika badannya mempunyai lebih banyak tulang berbanding dengan kandungan lemaknya.2-
2-Berasaskan perlakuan motor/kemahiran
• Ketangkasan
• Imbangan
• Koordinasi
• Kuasa
• Kelajuan
• Masa tindak balas
Tujuan Kecerdasan Fizikal
1. Membina kemahiran untuk kegiatan masa depan.
2. Menjadi lebih sihat dan kuat.
3. Membina kecerdasan jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
4. Membuat keputusan bijak dalam kehidupan.
5. Melahirkan insane yang seimbang dari intelek, rohani, emosi dan fizikal.
Kepentingan Kecergasan Fizikal
Orang yang mempunyai kecergasan fizikal yang tinggi bukan sahaja mempunyai badan yang sihat, malah sanggup menerima cabaran fizikal dalam aktiviti harian. Sebaliknya orang yang mempunyai tahap kecergasan fizikal yang rendah adalah tidak tabah dan tidak berani menerima cabaran fizikal kerana cepat berasa letih dan kehilangan tumpuan.
Individu yang mempunyai kecergasan fizikal tidak mempunyai banyak lemak dalam badan, iaitu tidak gemuk. Dengan demikian, dia tidak mudah menghidap penyakit seperti tekanan darah tingi dan penyakit kardiovaskular.
Dalam sukan atau permainan, seseorang yang cergas berpotensi untuk mencapai prestasi yang baik dan tidak mudah tercedera.
Dengan adanya kecergasan fizikal, seseorang lebih mudah mencapai pertumbuhan yang sihat bukan sahaja dari segi fizikal, bahkan juga dari segi mental, emosi, rohani, dan sosial
No comments:
Post a Comment