Pengenalan Image Map

Followers

Sunday, February 9, 2014

~@ Pengalaman Temuduga SPP 3 Dis 2013 @~

Assalamualaikum....

Sudah lama rasanya saya tak mencoretkan sesuatu di sini....Dulu saya banyak mencoret tentang nota2 pengetahuan am sebagai persediaan temuduga SPP bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PPPM)  yang perlu dihadiri oleh saya dan rakan DPLI Dis 2011 bagi melayakkan kami dilantik secara sah sebagai PPPM. Alhamdulillah ...saya dan rakan2 dapat menjalani temuduga dengan jayanya....



Alhamdulillah....saya dah hadiri temuduga pada 3 Disember di BTP Kota Bharu....sungguh tak disangka penal sangat baik dan peramah. Tidak rasa stress langsung dek kerana gelagat mereka yang membuatkan kami menjadi lebih santai dan senyum sokmo. Soalan yang diajukan juga tidak memerlukan otak kami berfikir ligat bagi memberi jawapan yang mabeles gitu...Dato SPP dan Puan GC Sejarah hanya mahu kami jawab dengan santai tapi berfikiran di luar kotak. hahahhaaha....

Antara soalan yang diajukan pada group saya....

1) Dato SPP bertanya tentang latar belakang diri setiap calon

2) Berikutan kes kematian kanak-kanak 3 beradik yang mati dibunuh di kawasan sawah padi di Kedah yang berlaku sehari sebelum hari temuduga kami, apakah perasaan kita apabila mendengar atau terbaca berkenaan kes itu...? Setiap calon perlu memberi jawapan yang tersendiri...haiiyyakkk...saya orang pertama...dato kata..."Cikgu Noraini...Apa perasaan cikgu apabila mendengar berita ini..?" ...hehehhe...mak aihh...Dato sebut nama saya..terkejut saya...hehehhe...maka jawab la saya...hanya sebaris ayat...

3) Kenapa perkara seperti ini boleh berlaku...? Adakah ia berkait dengan institusi pendidikan negara..?

4) Apa kita faham tentang Kaedah pengajaran Minds On Hands On ..... bagi contoh bagaimana teknik ini boleh diaplikasikan dalam pengajaran matapelajaran Sejarah Sek Ren.

5) Kalo adakan lawatan, ke mana tempat yang cikgu2 boleh bawa murid2 semasa praktikal dulu..

6) Murid zaman sekarang dah advance, suka cari maklumat melalui internet berkenaan sesuatu fakta. Jadi berkemungkinan mereka akan mempertikaikan kewujudan Hang Tuah. Jadi bagaimana cikgu-cikgu nak buktikan yang Hang Tuah ni memang betul2 wujud. Perlu fakta dan bukan mitos. Pokok pangkal apa saja yang kiat nak ceritakan pada murid kita perlu ada bukti kukuh. So..tunjukkan bukti2 kukuh yang boleh meyakinkan murid bahawa Hang Tuan memang wujud.

ok...itu sahaja soalan yang diajukan kepada kami berlima. Semuanya antara kami menjawab soalan yang diberikan dengan senyum lebar. Ada juga yang tidak begitu tepat tapi keramahan Dato SPP dan Puan GC Sejarah membuatkan kami kurang gementar.

Penal banyak memberikan nasihat untuk menjadi guru yang baik. Bagi menjadi guru Sejarah yang baik memang tak boleh lari dari mempunyai sikap yang suka membaca dan mengkaji. Sejarah adalah fakta yang perlukan bukti bagi mengesahkan sesuatu peristiwa. Tanpa bukti ia mungkn akan jadi cerita atau mitos sahaja.

Dari segi pakaian.....
1) Perlu berpakaian mengikut profesion keguruan yang sebenar
2) Wanita dan lelaki perlu mengikut etika pakaian yang telah ditetapkan
3) Blazer sebaiknya pakai dan perlu diingat blazer juga perlu yang formal, bukan blazer pergi jalan-jalan ye kawan2...
4) Kasut dan beg tangan perlu yang bersesuaian
5) Lelaki...anda perlu pastikan seluar yang anda pakai betul2 seluar slack...jangan pula pakai seluar jeans...ada juga seluar jeans yang sekali pandang tak nampak mcm seluar jeans tau..tapi penal sangat teliti..jadi hati2..


Rasa sangat2 lega..lega tak terhingga ... rasa sangat2 merdeka bila kuar je dari bilik temuduga tu....hehhehehe...



Alhamdulillah...kami keluar dari bilik temuduga dengan senyuman....sujud syukur sebab Allah permudahkan urusan temuduga kami....Alhamdulilah....

Time ni hepi sangat sebab dapat jumpa rakan-rakan FB yang selama ini hanya berinteraksi hanya melalui FB.....Baru kenal orang-orang yang selalu berkongsi pendapat dan ilmu kat FB bagi membantu persediaan temuduga SPP ni....Syukur sangat ada rakan-rakan yang pemurah ilmu seperti anda....

Sekian 
Terima kasih.

No comments:

Post a Comment