Definisi Sejarah :
• Istilah sejarah dikatakan berasal daripada perkataan arab “ Syajaratun”
membawa maksud pohon atau pokok.
• Juga membawa maksud salasilah, riwayat, keturunan dan asal usul.
• KESIMPULAN:
Sejarah ialah peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lampau, yang mengandungi makna dan sebab-sebab berlakunya peristiwa itu, dan memberi kesan iktibar dan pengajaran sebagai panduan pada masa kini dan masa hadapan dalam sesebuah masyarakat.
PENGERTIAN SEJARAH MENURUT PANDANGAN SEJARAWAN
1) Herodotus (484-445 M)
• ahli sejarah pertama dunia berkebangsaan Yunani, yang mendapat gelaran The
Father of History atau Bapa Sejarah. Menurut Herodotus sejarah tidak
berkembang ke arah depan dengan tujuan yang pasti, melainkan bergerak
seperti garis lingkaran yang tinggi rendahnya diakibatkan oleh keadaan
manusia.
• Rakaman peristiwa masa lalu
• Bersifat imperikal-berdasarkan pancaindera
• Merakamkan semula peristiwa perang parsi yang membawa kejayaan Greek dalam
karyanya “Persian wars @ Histories” (maklumat diperolehi secara lisan)
• Menekankan persoalan manusia iaitu tindakan yang dilakukan (humanisme) –
peristiwa itu digerakkan oleh manusia.
• Penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya
2) Leopold Von Ranke (1795-1886)
• Aliran sejarah saintifik /objektif)
• Sejarah diperolehi melalui kaedah kajian saintifik
• Kisah yang berlaku pada masa lampau
• Kejadian-kejadian yang berlaku seperti yang sebenarnya
• Sejarah mesti ditulis semula sepertimana ia berlaku sebenarnya
• Sejarah yang ditulis mesti berdasarkan fakta dan dokumen-dokumen yang dikaji
secara saintifik.
• matlamat penulisan sejarah adalah untuk menggambarkan kejadian-kejadian
“sebagimana sebenarnya berlaku ” yang membiarkan fakta-fakta sejarah
bercakap dengan sendirinya tanpa englibatan sejarawan.
3) R.G. Collingwood(1988-1943)
• History of thought (aliran sejarah subjektif)
• Pementasan semula pemikiran masa lampau dalam akal fikiran sejarawan.
• Sejarah adalah apa yang ditulis oleh sejarawan
• Sejarah dilihat lebih kepada huraian, pendapat sejarawan tentang sesuatu
perkara atau kejadian.
• Sejarah ialah sejenis bentuk penyelidikan atau suatu penyiasatan tentang
perkara-perkara yang telah dilakukan oleh manusia pada masa lampau
4) E.H. Carr
• Sejarah ialah terdiri daripada sekumpulan fakta yang telah diteliti dan
dipastikan kesahihannya.
• Menyebutkan bahwa "history is a continuous process of interaction between
the historian and his facts, and undending dialogue between the present and
the past" yang berarti bahwa sejarah merupakan proses berkesinmbungan dari
interaksi antara sejarawan dan fakta-fakta serta dialog antara masa kini dan
masa lalu.
5) Ibn Khaldun
• sejarah sebagai catatan tentang masyarakat umat manusia atau peradaban
dunia, tentang perubahan-perubahan yang terjadi pada watak masyarakat itu.
• Sejarah membicarakan tentang masyarakat manusia atau peradaban
manusia,tentang perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat
masyarakat itu.
• Tidak bergantung kepada ilmu akal sahaja
• Sejarah bersifat holistik yakni bergantung kepada akidah dan syariah serta
ilmu aqliyah.
• Melibatkan unsur-unsur ketuhanan dan akal fikiran
• Tidak bersifat autonomi atau berdiri sendiri.
CIRI-CIRI SEJARAH:
1. Fakta
• Peristiwa, tempat, tokoh dan tarikh yang dapat dibuktikan kebenaran dan
kesahihannya dipanggil Fakta Sejarah.
• Fakta sejarah tidak boleh direka dan ditokok tambah ceritanya.
• Maklumatnya bersifat objektif dan penting.
2. Interpretasi
• Lebih bersifat subjektif
• Sejarah dapat dihuraikan berdasarkan pandangan untuk menjadikan sejarah itu
lebih menarik.
• Contohnya: apabila kita lihat Candi di Lembah Bujang, kita akan terfikir
apakah fungsi candi itu, apakah kegiatan yang dijalankan di candi itu,. Oleh
itu, kita akan membuat interpretasi tentangcandi itu berdasarkan pemerhatian
kita.
3. Objektif
• Sejarah juga boleh dilihat berdasarkan fakta dan bukti.
4. Subjektiviti
• Gambaran sejarawan terhadap peristiwa masa lalu.
• Melibatkan naluri memilih dan memihak.
• bersifat functional atau bertanggungjawab.
5. Pengadilan Moral
• Kecenderungan mengamalkan subjektiviti dalam sejarah, mewujudkan pengadilan
moral
• Sejarawan dengan sengaja atau tidak sengaja menilai atau menghukum sesuatu.
6. Penting dan bermakna
• bermaksud sesuatu peristiwa itu memberi kesan kepada manusia atau peristiwa
yang bermakna
• contoh:- Hari Kemerdekaan
7. sebab dan akibat
• bermakna menjelaskan mengapa sesuatu peristiwa berlaku atau menjawab
pertanyaan seperti apa, bila dan siapa, dimana, mengapa dan bagaimana
• contoh: Kewujudan masyarakat majmuk di negara kita adalah kerana ramai
pekerja Cina dan India dibawa ke Tanah Melayu semasa penjajahan British
untuk menampung perkembangan pesat aktiviti perlombongan bijih timah dan
perusahaan getah.
SUMBER SEJARAH
Pengertian dan konsep Sumber:
-Sumber Sejarah
• Sekumpulan bahan sejarah yang wujud hasil daripada peristiwa-peristiwa zaman
lampau.
• Tersimpan di arkib, perpustakaan, muzium, pejabat rekod, istana, rumah
perseorangan.
• Bahan-bahan yang dapat digunakan untuk mengumpulkan informasi tentang
peristiwa yang terjadi pada masa lampau
• CONTOH-CONTOH SUMBER SEJARAH
• Sumber dokumenter : bukti pembayaran, surat-surat pribadi, buku harian
• Sumber korporal : arca, perkakas, fosil, artifak
• sumber lisan : cerita yang disampaikan secara lisan, termasuk bahasa
• Arca, bangunan lama, surat-surat lama, dokumen perjanjian lama, fosil,
artifak, buku catatan harian tokoh-tokoh lama, bukti bayaran, perkakasan
lama.
- 4 jenis sumber sejarah:
1) Sumber Primer
2) Sumber Sekunder
3) Sumber Arkeologi
4) Sumber Lisan
- Sumber Primer
• Sumber utama untuk memberi peristiwa sejarah
• Sumber awalan, sumber pertama (first hand sources)
• Louis bGottschalk-sumber yang diperolehi daripada saksi dalam bentuk
tulisan, catatan dan saksi utama dalam sesuatu peristiwa.
• Contoh sumber pertama:- bahan dalam bentuk kertas, fosil, artifak
- Sumber Sekunder
• Merupakan sumber kedua
• Sumber yang telah diproses, ditafsir dan dinilai
• Hasil penyelidikan, artikel, jurnal, buku
• Contoh sumber sekunder:- buku, majalah, jurnal, akhbar, risalah
- Sumber Arkeologi
• Bukti tinggalan aktiviti yang dilakukan oleh manusia seperti sisa-sisa
makanan, tembikar, peralatan baru dan kayu dan sebagainya.
• Maklumat yang diperolehi melalui kajian saintifik
• Ahli arkeologi mendapatkan maklumat daripada bahan tinggalan sejarah yang
ditemui melalui proses cari gali.
• Melalui kaedah ini ketepatan maklumat berkenaan sesuatu bahan dapat disahkan
melalui kajian saintifik.
• Bukti arkeologi terbahagi kepada dua iaitu artifak dan bukan artifak.
• Artifak ialah benda-benda yang dicipta oleh manusia- tembikar
• Bukan artifak ialah benda-benda yang bukan dicipta oleh manusia dan wujud
secara semulajadi-kulit siput
- Sumber Lisan
• Diperolehi melalui perbualan
• Informan dianggap sebagai sumber utama untuk menceritakan peristiwa
sejarah lalu.
• Maklumat diperolehi melalui temu bual dengan tokoh-tokoh lama atau orang
lama yang masih hidup ketika peristiwa itu berlaku.
Kepentingan sumber:
1) Sumber pertama
- Sejarah lebih tepat, sahih dan tidak boleh dipertikaikan
2) Sumber kedua
-digunakan untuk menyokong dan menguatkan sumber pertama
-memberi makluat awal tentang sesuatu perkara sebelum kajian mendalam
dijalankan
-melalui sumber kedua, maklumat yang hendak digunakan dalam kajian juga
boleh ditemui-boleh mengetahui tentang sumber-sumber lain yang boleh
digunakan untuk mendapatkan maklumat.
FUNGSI DAN KEGUNAAN SEJARAH
- sejarah itu membangkitkan imajinasi
- memperluas wawasan intelektual
- memperdalam simpati
- membantu mengendalikan khayalan yang sebenarnya dalam mimpi
- wahana ideal untuk mendidik manusia agar berpikir secara bebas
- mengajarkan kepada masyarakat cara berpikir
- meningkatkan kreativitas
- memberikan pelajaran dan untuk mengenal dirinya sendiri
- belajarlah dari sejarah / sejarah mengajarkan kepada kita
Latihan:
1) Apakah maksud sejarah?
2) Nyatakan kepentingan sejarah
3) Senaraikan jenis-jenis sumber sejarah
4) Apakah yang dimaksudkan dengan sumber artifak dan sumber bukan artifak?
5) Senaraikan contoh-contoh sumber Primer dan Sekunder.
No comments:
Post a Comment