Apa
Itu
Kanser Payudara?
Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur
dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan
seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus
limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal.
Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi
biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.
Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit
kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi
kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian
akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang
wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan
kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28.
Pengelasan
Kanser Payudara
Kanser payudara dikelaskan mengikut beberapa faktor seperti kanser
lain. Faktor yang biasa diambilkira ialah tisu punca, lokasi tumor atau
tisu punca, jenis tisu atau histologi, gred tumor, peringkat tumor,
kemunculan dan aktiviti tumor, status nodus dan perebakan. Mula-mula
sel bertukar struktur tetapi berada di lokasi asal di dalam duktus atau
membran basemen lobul. Kemudian berlaku mitosis (penduan sel) dan
metastasis (perebakan) melalui membran basemen dan bergerak ke kawasan
terpencil di dalam badan.
Tanda
dan Gejala Kanser Payudara
Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa
yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda
atau gejala lain timbul. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada
gumpulan merupakan satu lagi gejala kanser payudara di peringkat awal.
Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau
bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh
limfatik diserang oleh tisu abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur
kupasan oren yang juga dirujuk sebagai “peau
d’orange”.
Gumpulan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga
akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit
payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting
mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai
lelehan yang abnormal. Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan
menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi,
sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura. Kelemahan
adalah tanda atau gejala awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan,
justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan
memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap
tahun.
Peringkat
Kanser Payudara
Untuk mendiagnosis kanser payudara, pemerhatian dibuat melalui
mamografi atau MRI payudara. Peringkat kanser payudara ditentukan
mengikut sifat sel atau tahap pembiakan (proliferasi).
Peringkat 0 atau tumor kanser di tempat asalnya (karsinoma in situ)
dikira sebagai risiko kanser payudara tanpa kehadiran penyakit itu
sendiri. Karsinoma lobular in situ atau LCIS adalah merujuk kepada
pengalas sel abnormal di dalam kelenjar payudara. Karsinoma duktal in
situ atau DCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam
duktus payudara.
Peringkat I merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana
ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak.
Peringkat II juga merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana
ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5
sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi
telah merebak ke nodus limfa ketiak.
Peringkat III ialah di mana ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5
sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak
dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak ke nodus
limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada.
Peringkat IV merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah
merebak ke kawasan di luar kawasan dada.
Kaedah
Rawatan
Rawatan bergantung kepada ciri-ciri atau kelas kanser payudara.
Terdapat beberapa jenis rawatan seperti kemoterapi, pembedahan dan
homoeopathy (dan lain-lain rawatan
alternatif). Prognosis (ramalan)
kanser payudara pada peringkat awal selalunya adalah baik, tetapi di
peringkat akhir, seperti juga dengan kanser lain adalah tidak baik.
No comments:
Post a Comment