Pengenalan Image Map

Followers

Tuesday, January 1, 2013

Apam Mekar



Bahan-bahan


230gram gula castor
2 biji telur
250gram tepung gandum
1 sudu teh ovallet
1 cawan air gas aiskrim soda
1 sudu teh esen vanilla


Cara membuatnya


Satukan gula,telur,ovallet dan esen vanilla.Pukul hingga kembang dan putih
Masukkan tepung gandum berselang-seli dengan air aiskrim soda dan pukul lagi hingga adunan putih dan gebu
Bahagi adunan mengikut warna kesukaan
Masukkan adunan ke dalam paper cup(lebih senang adunan dimasukkan ke dalam piping bag atau palstik dan guntingkan sedikit dibucu plastik.Adunan lebih mudah dipicit ke dalam paper cup).Kalo nak buh dalam acuan pun boleh
Kukus lebih kurang 10 atau 15 minit dengan api yg kuat
Selamat Mencuba! :)


No comments:

Post a Comment