Hai..bertemu lagi...hari ni 18 Jun 2013 saya nak share satu lagi resipi Puding...iaitu Puding Triffle ... saya dah cuba buat masa adik saya kawen hari tu....sedap jugak untuk percubaan pertama itu...hehhehe....tapi akan terus cuba untuk dapatkan hasil yg lebih baik.... resipi ini saya ambil dari www.facebook.com/ bukuresepi
BAHAN KEK SPONGE :-
200 gram tepung optima (instant cake flour)
3 biji telur gred B
50 gram mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
BAHAN KASTARD :-
200 ml susu sejat IDEAL
100 ml air
2 kuning telur
2 camca besar penuh tepung kastard
4 camca besar gula atau secukup rasa
3/4 camca teh esen vanilla
BAHAN JELLY :-
1/2 camca teh konnyaku jelly powder (honney guna agar-agar serbuk NONA, rujuk sini)
Gula secukup rasa,
500 ml air
1/2 camca teh strawberry emulco
Beberapa titik pewarna merah
BAHAN LAIN :-
1 tin besar buah2an koktel, ditoskan, asing jusnya
200 ml whipping cream (1 kotak kecil), disejukkan (honney skip yang ini)
Jus dari buah2an koktel tadi
Buah anggur (honney tambah yang ini)
CARA MEMBUATNYA :-
UNTUK SPONGE CAKE :- Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan esen vanilla, ke dalam mesin kek, putar pada kelajuan sederhana sehingga semua bahan bersatu, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat. Masukkan mentega dan esen vanilla, kaup balik hingga adunan rata. Tuang dalam loyang 12 inci x 12 inci yang telah dialas kertas minyak dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (pastikan oven telah dipanaskan). Sejukkan atas jaringan bila kek masak. (kek nie memang tawar hebiaq, boleh ler tambah gula sedikit kalau suka, tapi honney tambah gula pada kastardnye nanti)
UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan ketepikan.
UNTUK JELLY :- Satukan semua bahan2 untuk jelly dalam periuk, tang gula tu pandai2 lah agak, tapi jangan manis sangat, manis lite2 sudah cukup yea. Kacau rata dengan whisk dan jerang hingga mendidih dan gila hancur, kacau hingga sebati. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.
UNTUK TRIFLE :- Sediakan bekas sesuai, potong kek sponge tadi, bagi kepada 2 bahagian dan susun 1 bahagian seperti dalam gambar. Basahkan kek sponge tadi dengan jus buah koktel. Susun lebihan kek atas buah-buahan koktel tadi. Basahkan dengan jus. Tuang kastard suam atasnya dan ratakan dengan spatula. Biar sejukk sekejap. Tabur baki buah-buahan tadi, ratakan. Dan akhir sekali, sendukkan jelly cair/agar-agar atasnya hingga memenuhi ruang seperti dalam gambar. Simpan dalam peti ais hingga jelly membeku.. sedap dihidangkan dingin...hnmmm..
kalo bubuh lam bekas kecil2 mcm ni senang la nak makan ngan sudu....
Kalo bubuh lam bekas besar mcm ni....kita kena cedok bubuh lam piring n baru leh makan...
Sini ada satu lagi Resipi Puding Triffle....yang ni simple je....tapi sedap jgk....resipi ni saya amik dari http://cikguert-suzana.blogspot.com/2011/05/puding-trifle-mudah.html
Jom kita tengok bahan dan cara membuatnya:
Bahan-bahannya:
1/2 biji bahulu gulung
4 cawan susu segar
4 sudu penuh tepung kastard
4 sudu gula pasir
1 tin buah-buahan campuran
1 kotak agar-agar perasa starwberry
Langkah membuatnya:
1. Potong bahulu gulung kepada beberapa keping dan susun dalam mangkuk
2. Campurkan tepung kastard, susu segar dan gula pasir dalam periuk. Masak di
atas api perlahan sehingga pekat. Tuangkan ke atas bahulu gulung.
3. Tuangkan buah-buahan ke atas kastard dan ratakan.
4. Masakkan pula agar-agar hingga larut dan mendidih. Tuangkan agar-agar ke atas
buah-buahan tadi. Sejukkan dalam peti sejuk.
No comments:
Post a Comment