Pengenalan Image Map

Followers

Sunday, October 27, 2013

11 Anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)


Anjakan 1
MENYEDIAKAN KESAMARATAAN AKSES KEPADA
PENDIDIKAN BERKUALITI BERTARAF ANTARABANGSA

▪ Menanda aras keupayaan dalam kemahiran membaca,matematik dan sains dengan standard antarabangsa
▪ Melancarkan kurikulum baru sekolah menengah (KSSM) dan semakan semula kurikulum sekolah rendah (KSSR) pada 2017
▪ Merombak peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi pada 2016
▪ Meningkatkan kualiti prasekolah dan meningkatkan enrolmen kepada 100% menjelang 2020
▪ Melanjutkan pendidikan wajib daripada 6 tahun kepada 11 tahun bermula pada umur 6+ tahun, disokong dengan program pengekalan yang disasarkan dan latihan vokasional sebagi persediaan untuk pekerjaan
▪ Meningkatkan pelaburan bagi sumber fizikal dan pengajaran kepada murid dengan keperluan khusus

Anjakan 2:
MEMASTIKAN SETIAP MURID PROFISIEN DALAM BAHASA MALAYSIA DANBAHASA INGGERIS

▪ Memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang sama pada peringkat rendah, dengan sokongan pemulihan intensif untuk murid yang memerlukan bagi menggantikan kelas Peralihan
▪ Memperluas program LINUS supaya meliputi literasi Bahasa Inggeris
▪ Meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris guru dan memperluaskan peluang bagi pendedahan terhadap Bahasa Inggeris
▪ Menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan menjelang 2025

Anjakan 3:
MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA DENGAN PENGHAYATAN NILAI

▪ Memperkukuh pendidikan Sivik dengan menjadikan perkhidmatan komuniti sebagai prasyarat untuk tamat persekolahan
menjelang 2017
▪ Memperkukuh Pendidikan Islam dan Moral dengan memberi lebih fokus ke atas teras nilai dan falsafah agama utama menjelang 2017
▪ Memperkembangan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan 1 Badan Beruniform
▪ Mengukuhkan danmemperluas RIMUP mulai 2016 untuk memudah cara interaksi antara jenis sekolah,kumpulan etnik dan sosio ekonomi

Anjakan 4:
TRANFORMASI KEGURUAN SEBAGAI PROFESION PILIHAN

▪ Mengetatkan syarat lantikan guru mulai 2013 supaya dalam kalangan graduan 30% teratas
▪ Meningkatkan kualiti CPD mulai 2013, dengan lebih tumpuan ke atas keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah
▪ Memastikan guru memberi fokus ke atas fungsi teras pengajaran mulai 2013 dengan mengurangkan beban pentadbiran
▪ Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi mulai 2016
▪ Meningkatkan laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar bidang khusus menjelang 2016
▪ Membudayakan kecemerlangan berasaskan pimpinan rakan sekerja dan proses pensijilan mulai 2025

Anjakan 5:
MEMASTIKA KEPIMPINAN BERPRESTASI TINGGI DI TEMPATKAN SETIAP SEKOLAH

▪ Memperkenalkan kriteria pemilihan berasaskan kompetensi dan memperkukuhkan proses perancangan penggantian bagi pengetua/guru besar mulai 2013
▪ Melaksanakan pakej kerjaya baharu bagi pengetua guru besar mulai 2013, dengan lebih sokongan, lebih fleksibiliti pengoperasian bagi menambah baik sekolah, kurikulum dan kokurikulum, serta lebih akauntabiliti terhadap meningkatkan keberhasilan murid

Anjakan 6 :
MENGUPAYA JPN, PPD DAN SEKOLAH UNTUK MENYEDIAKAN PENYELESAIAN KHUSUS BERASASKAN KEPERLUAN

▪ Mempercepatkan penambahbaikan prestasi sekolah melalui program yang sistematik dan dipimpin PPD di semua negeri menjelang 2014
▪ Meningkatkan autonomi pengurusan berasaskan sekolah, termasuk lebih fleksibiliti pengoperasian ke atas pengagihan bajet dan pelaksanaan kurikulum, dimulai dengan sekolah yang mencapai prestasi tinggi dan
menunjukkan peningkatan prestasi besar
▪ Memastikan 100% sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas menjelang 2015, bermula dengan Sabah dan Sarawak

Anjakan 7:
MEMANFAATKAN ICT BAGI MENINGKATKAN KUALITI PEMBELAJARAN DI MALAYSIA

▪ Meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet bagi
semua 10,000 sekolah menjelang 2013
▪ Menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula dengan
perpustakaan video guru terbaik menyampaikan pengajaran dalam mata pelajaran kritikal pada 2013
▪ Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan berasaskan kendiri
untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih khusus

Anjakan 8:
MENTRANFORMASI KEBOLEHUPAYAAN DAN KAPASITI PENYAMPAIAN KEMENTERIAN

▪ Mengupaya JPN dan PPD dengan memberi lebih hak membuat keputusan terhadap bajet dan
personel, serta meningkatkan akuantabiliti bagi KPI mulai 2013
▪ Sekurang-kurangnya 2,500 lagi personel ditempatkan daripada KPM dan JPN kepada PPD untuk menyokong sekolah menjelang 2014
▪ Memperkukuh kebolehupayaan kepimpinan bagi 150-200 jawatan kepimpinan utama mulai 2013
▪ Memperkukuh fungsi utama dan merasionalisasi struktur Kementerian mulai 2016

Anjakan 9:
BEKERJASAMA DENGAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA SECARA MELUAS

▪ Melengkapi ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak mereka melalui sarana
penglibatan ibu bapa dan akses atas talian kepada kemajuan anak di sekolah (SAPS)
▪ Mendapatkan maklum balas daripada setiap
PIBG mengenaipelaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai 2016
▪ 1,000 biasiswa daripada sektor swasta untuk murid berbakat daripada komuniti miskin untuk belajar di sekolah swasta dan antarabangsa
▪ Memperluas model Sekolah Amanah kepada 500 buahmenjelang 2025 dengan melibatkan kumpulan alumni dan NGOs yang berpotensi sebagai penganjur

Anjakan 10:
MEMAKSIMUMKAN\ KEBERHASILAN MURID BAGI SETIAP RINGGIT

▪ Mengaitkan setiap program kepada keberhasilan murid yang jelas dan merasionalisasi program berimpak rendah pada setiap tahun, selaras
dengan anjakan keseluruhan kerajaan ke arah Buget Berasaskan Keberhasilan (OBB)
▪ Memanfaatkan peluang meningkatkan efisiensi, dengan mengagihkan peruntukan kepada bidang
paling kritikal seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru

Anjakan 11:
MENINGKATKAN KETELUSAN UNTUK AKAUNTABILITI AWAM SECARA LANGSUNG

▪ Menerbitkan laporan tahunan awam bagi kemajuan sasaran dan inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan mulai 2013
▪ Melaksanakan semakan komprehensif pada tahun 2015, 2020 dan 2025 bagi memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan kekal relevan dengan memasukkan maklumbalas daripada pihak
berkepentingan dan mengambilkira perkembangan persekitarannya.


No comments:

Post a Comment