Pengenalan Image Map

Followers

Wednesday, October 30, 2013

I-Think


Program i-THINK adalah…
…satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif.

Guru dan murid akan menggunakan alat berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran di samping melaksanakan aktiviti kemahiran berfikir aras tinggi.
Abjad ‘i’ - bermaksud inovasi dan ‘THINK’ pula bermaksud pemikiran iaitu pemikiran secara inovatif yang perlu ada pada semua murid.

Program ini telah dilaksanakan secara rintis di 10 buah sekolah (6 sekolah rendah, 4 sekolah menengah) berikut:

1. Sekolah Kebangsaan Kiaramas Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
2. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Port Dickson, Negeri Sembilan
3. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Wen Hua, Melaka
4. Sekolah Kebangsaan Paya Pulai, Pahang
5. Sekolah Kebangsaan Tan Sri Datuk Haji Mohamed, Padawan, Kuching, Sarawak
6. Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar, Terengganu
7. Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu, Marudu, Sabah
8. Sekolah Menengah Kebangsaan Convent (M), Muar, Johor
9. Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn, Pulau Pinang
10. Sekolah Menengah Kebangsaan Gaal, Pasir Puteh, Kelantan

Pelaksanaan program i-THINK di sekolah rintis telah dilaksanakan selama 6 bulan iaitu pada bulan Januari hingga bulan Jun 2012. Kajian rintis telah dilaksanakan pada bulan Julai hingga September 2012 oleh pihak Universiti Putra Malaysia selain daripada pemantauan yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Program i-THINK KPM bersama Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

MEMBUDAYAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR

Kemahiran berfikir boleh didefinisikan sebagai menggunakan minda untuk melahirkan idea yang bernas, membuat keputusan, dan menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir dibahagikan kepada

Kemahiran Kritis dan Kemahiran Kreatif. Kemahiran berfikir adalah proses berfikir yang lebih tinggi. Penaakulan membantu dalam membuat pertimbangan secara logik, rasional, adil dan saksama semasa menggunakan kemahiran kreatif dan kritis (PPK, 1999)

Bagaimana Hendak Membudayakan Kemahiran Berfikir Dalam Kalangan Murid?

Proses berfikir menjadi satu budaya apabila guru dan murid mengamalkan kemahiran berfikir dan menaakul semasa pengajaran dan pembelajaran. Alat berfikir membantu guru dan murid melaksanakn aktiviti kemahiran berfikir dan menaakul. Pembudayaan kemahiran berfikir dilaksanakan dengan langkah berikut:
1. Memberi kesedaran
2. Perubahan set minda
3. Amalan

1. Memberi Kesedaran


Semua pihak termasuk pegawai di KPM perlu diberi pendedahan mengenai program i-THINK. Kesedaran dalam mengajar dan belajar berfikir ini diberi melalui taklimat atau kursus. Dengan itu, semua pihak mempunyai bahasa pemikiran dan alat berfikir yang sama.

Jurulatih Kebangsaan Program i-THINK di Bahagian KPM, JPN, PPD, IPGK dan sekolah telah dilatih oleh pihak Kestrel Education, United Kingdom. Jurulatih kebangsaan sekolah melatih pasukan pemandu setiap sekolah.

Program i-THINK diperkenalkan menggunakan pendekatan seluruh sekolah (whole school approach), di mana latihan diberi kepada pentadbir, guru dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu, guru dan murid mempunyai bahasa pemikiran dan alat berfikir yang sama. Penglibatan ibu bapa juga menyokong kepada pendekatan ini.

2. Perubahan Set Minda

Pentadbir, guru dan murid peru bersedia untuk berubah dalam pengajaran dan pembelajaran. Perubahan memerlukan kerjasama semua pihak. Perubahan set minda mengenai program i-THINK dilaksanakan melalui kempen, latihan, taklimat dan mesyuarat. Sekolah juga boleh mempamerkan banner, carta dan hasil tugasan pengajaran dan pembelajaran i-THINK di sekeliling sekolah. Ibubapa juga terlibat secara langsung dalam melaksanakan program i-THINK melalui PIBG.

3. Amalan

Pelbagai alat berfikir seperti Peta Pemikiran, peta minda dan 6 Thinking Hats digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi membantu murid untuk berfikir dan membuat penaakluan.
Kemahiran berfikir akan menjadi amalan apabila guru dan murid menggunakan dalam bilik darjah melalui aktiviti yang memerlukan penyoalan aras tinggi, inkuiri serta berpusatkan murid dengan menggunakan alat berfikir.

Guru sebagai fasilitator menggalakkan murid menyoal semasa aktiviti dalam bilik darjah. Murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran masing-masing.

Program i-THINK memperkenalkan Peta Pemikiran. Peta Pemikiran adalah merupakan alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk Peta Pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentas kurikulum. Setiap Peta Pemikiran mempunyai proses pemikiran tersendiri. Penggunaan peta ini boleh disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran berdasarkan ilustrasi Peta Pemikiran seperti dalam Jadual 1 berikut.









No comments:

Post a Comment