Pengenalan Image Map

Followers

Monday, October 28, 2013

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

Definisi
JSU – jadual yg menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap kontruk, konteks, pemberatan tiap konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran.

 Tujuan JSU diwujudkan.
Menghasilkan soalan yang berkualiti (tidak membentuk soalan secara spontan – tidak tahu aras)
Soalan yang dihasilkan tidak mempunyai kesahan / tiada keutuhan. 

Ciri-ciri JSU
Merupakan matrik yg terdiri drpd 2 paksi iaitu paksi melintang – aras kemahiran danmenegak – kandungan.
Bilangan item dinyatakn dalam JSU mengikut aras kemahiran yg ditetapkan.
Mengandungi aras yg mengikut aras taksonomi.
Kandungan aras kemahiran mengikut lama masa mengajar dan kepentingan kemahiran.
Kepayahan item dlm lingkungan 20% - 80%.
Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas khusus dan lain-lain.
Kandungan ujian berupa topik-topik pelajaran. 

Kepentingan JSU
Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.
Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
Menentukan perimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.
kertas ujian dapat digubal secara sistematik 
kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin;
Memberi panduan untuk membentuk format ujian.
Memberi panduan untuk membentuk soalan.
Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari tahun ke tahun.
Mengambil kira bilangan masa yg diperuntukkan untuk sesuatu topik.
Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yg lain.
taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang;
jian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran 

4 syarat JSU 
1.Ujian tidak dibina semberangan. 
2.Menimbulkan kepentingan topik dan aras kemahiran yg diuji. 
3.memberi panduan dan penentuan kepada pengubalan ujian. 
4.Memastikan kesesuaian taburan soalan mengikut aras dan kemahiran

No comments:

Post a Comment