Pengenalan Image Map

Followers

Thursday, December 27, 2012

Pau Goreng

Assalamualaikum ....dan selamat tengahari kengkawan....hari ni hari Jumaat..kalo kat Terengganu, Kelantan dan Kedah..hari ni hari cuti....ermm....best kan bleh luangkan masa bersama keluarga...errrmmm...kali ni saya nak kongsi resipi sejenis kuih iaitu kuih pau goreng...resipi ni saya dapat dari Facebook Buku Resipi....saya dah try..mmg sedap dan boleh kte buat untuk makan pagi atau minum petang....
jom la kawan2...cuba la ye....


Pau Goreng Inti Kacang Merah


Inti :
1) 200 gram kacang merah
2) Air secukupnya - untuk rebus kacang
3) 100 gram gula perang
4) ½ sudu teh pewarna merah
5) 1 sudu teh garam
6) 3 sudu besar minyak masak

Kulit pau :
1) 500g tepung naik sendiri
2) 6 gram yis segera
3) 50 gram minyak sayur
4) ½ sudu teh garam
5) 100 gram gula halus
6) 250 gram air suam
7) ½ ­~ 1kg minyak masak - untuk menggoreng

Cara penyediaan :

Untuk inti :
Rebus kacang hingga separuh kembang dan kisar sehingga halus (kisar bersama air
rebusan.

Satukan kesemua bahan inti dan masak hingga pekat.Setelah pekat masukkan minyak makan dan kacau sehingga mesra.

Untuk pau :
Satukan air, yis, minyak, gula dan garam. Masukkan adunan ini ke dalam tepung untuk membentuk doh. Uli doh selama 5 minit.

Bentukkan doh menjadi panjang dan potong doh setiap satu menjadi 40g. Simpan doh selama 10 minit dengan ditutup plastik.

Setelah 10 minit,ambil doh dan bentukkan bulat. Isikan intinya ditengahtengah,
tutup doh supaya tidak bocor dan bentukkan bulat semula.

Alaskan doh dengan kertas minyak dan buat sehingga doh itu habis dan disimpan lagi
selama 1 jam.

Panaskan kuali dengan minyak sederhana panas. Goreng pau sehingga warna keemasan.
Selamat mencuba!
 
 

1 comment:

  1. *Assalamualaikum, jom sebarkan berita ni sberapa byk yg mgkin utk membantu org yg memerlukan, terima kasih smua..aaminn.*

    Sy En.Mohd Zuhairi bin Noordin , pengasas produk herba dr hutan. Sy mnjual herba warisan yg mampu mrawat smua jenis kanser dari tahap 1 ke tahap 4 dan utk pengidap resdung kronik. Herba warisan dr hutan belantara ini tak mganggu rwatan kimoterapi. Ia blh diambil smasa rwatan hospital, malah lg baik jika berubat bsama spya lg cpt sembuh. Daun² herba trpilih ini sudah trbukti brkesan kpd rmai pesakit kanser & ianya sukar dijumpai, malah belum ada mna² syarikat yg mngeluarkn herba ini. Ia herba khusus mrawat kanser & resdung yg kronik. Fokus herba ni ialah mbunuh sel kanser hingga ke akar umbi spya kanser tak berulang lg.Jgn biarkan pnyakit menghuni dlm tubuh hingga kronik. Ia akn merebak ke organ lain.Bila dh merebak ia mnyukarkan rawatan. Herba bkn bnda asing lg. Jgn was² lg, sejak beratus thn herba dh digunakn oleh nenek moyang kita. Benda natural tak mganggu rawatan moden. Bkn pesakit kanser pun blh minum utk mencegah kanser. Utk psakit kanser, sy akn bantu hingga sembuh,memberi saranan & motivasi bgaimna utk hadapi kanser. Sy dh jumpa rmai psakit, kita blh brkongsi pndapat utk rawat smpai sembuh. Rmai psakit sy dh sembuh,anda bila lg?
    Hubungi utk order & pertnyaan:
    *En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570*

    ReplyDelete