Pengenalan Image Map

Followers

Monday, October 28, 2013

Amalan berintegriti penting untuk memperkasakan profesion perguruan

KUALA LUMPUR - Amalan berintegriti dalam kalangan guru amat penting untuk melahirkan warga pendidik yang beretika tinggi dalam usaha memperkasakan profesion perguruan di negara ini.
Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kementerian Pendidikan, Tuan Sulaiman Wak berkata, integriti merangkumi aspek seperti berdisiplin, mematuhi tatatertib dan tidak salah guna kuasa yang perlu diamalkan supaya profesion perguruan terus dihormati dan mampu melahirkan modal insan berkualiti.

"Saya ingin mengajak kembali kepada apa yang dijanjikan para guru yang menuntut agar melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan sebagai guru sebaik mungkin.
"Guru perlu elak salah laku kuasa dan melanggar peraturan yang ditetapkan di bawah perintah am yang boleh menjejaskan sistem pendidikan negara ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran Perdana Minggu Integriti IPG 2013 di sini, hari ini.

Ditanya mengenai kes baru-baru ini melibatkan seorang guru disiplin di sini yang didakwa mencabul pelajarnya, Tuan Sulaiman berkata ia merupakan kes terpencil namun kementerian tetap memandang serius dan tidak akan berkompromi dengan guru berkenaan sekiranya dibuktikan bersalah. - Bernama

No comments:

Post a Comment