Pengenalan Image Map

Followers

Saturday, March 24, 2012

Tan Sri P.Ramlee

Assalamaualaikum....

Rabu lepas saya dan kengkawan DPLi-Sej telah pergi ke "Rumah P.Ramle" untuk turut memenuhi jemputan bagi memeriahkan Program Sehari Mengenang P.Ramlee. Ini kali pertama saya ke sana...wah..tak sangka masih ada lagi rumah P.Ramlee kan....rumahnya masih mengekalkan ciri-ciri tradisional w'pun ada sedikit sebanyak yang sudah diubah suai bagi memelihara ketahanannya dari dimamah usia...












Kat Malaysia ni sapa tak kenal P.Ramlee kan...saya rasa semua orang kenal P.Ramlee...dari pada yang tua, muda, remaja dan kanak-kanak...kalo sebut P.Ramlee kita akan terbayang-bayang nyanyian lagunya yang merdu kan...

P.Ramlee merupakan seniman agong yang tidak dapat dicari ganti...tiada lagi insan yang seperti dia...P.Ramlee bukan hanya berbakat besar malah beliau seorang yang sangat pintar, berwawasan, berilmu dan berbudi pekerti mulia....ramai orang yang meratapi pemergiannya dan bukan hanya dalam kalangan masyarakat Melayu malah orang-orang Cina dan India juga turut merasa kehilangan apabila P.Ramlee pergi meninggalkan dunia yang penuh dengan cubaan hidup ini buat selama-lamanya....

Kengkawan pernah tengok satu dokumentari tentang P.Ramlee History Channel 555 Astro....sedih gak la tengok dokumentari P.Ramlee tu......tak dinafikan menitis air mata bila mengenangkan beliau....diakhir hayat hidupna dia hanya makan nasi ngan telor je sbb dah takde duit...di zaman kejatuhannya byk orang tolak dia..filem2 dia tak laku...kontrak dia tak disambung atas alasan lagu2 P.Ramlee dah tak laku...ngape saya dengar lagu2 P.Ramlee best je sampai skarang..mcm mana dia leh kata lagu2 P.Ramlee tak laku...huhuhu..sian kan...P.Ramlee adalah seorang yg sangat penyayang...dia sygkan saloma...dia sediakan org gaji and saloma hanya perlu make up, pakai cantik, duduk diam2 smbil menjahit labuci...P.Ramlee sangat emurah dan tidak kedekut ilmu..

Mengikut cerita seorang pakcik tua yang mengaku bahawa dia adalah jiran P.Ramlee...pak cik tu cakap...P.Ramlee sgt2 baik hati...duit gajinya banyak...rm 1500 sebulan..kalo zaman dulu mmg sgt2 banyak la kan...tapi P.Ramlee hanya ambil rm 500 aje tuk belaja makan pakai dia dan keluarga...yang selebihnya dia banyak bantu orang2 susah seperti Janda, anak yatim-piatu dan orang-orang tua....





Jom kita ikuti sedikit bingkisan berkenaan sejarah hidup P.Ramlee:


Hasil perkongsian hidup Teuku Nyak Putih Teuku Karim dengan Che Mah Hussein sejak tahun 1925, P.Ramlee telah dilahirkan pada 22 Mac 1929 di pagi Hari Raya Aidilfitri. P.Ramlee telah dilahirkan di rumah neneknya di 40A, Counter Hall, Penang, Malaya.

P.Ramlee memulakan pendidikan awal beliau di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudiannya ke Francis Light School. Sebelum perang meletus, P.Ramlee sempat menyambung pelajarannya ke Penang Free School tetapi tidak sempat menamatkannya. Semasa Perang Dunia Ke 2, P.Ramlee telah mendapat pendidikan di Japanese Navy School.

Bermula dengan bermain ukele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya.

Pada tahun berikutnya, P.Ramlee bersama sahabatnya Mohd Yusop telah menubuhkan sebuah pancaragam bernama Pancharagam Mustika. Beliau telah mendapat undangan menyanyi di atas pentas di Agricultural Show di Bukit Mertajam. B.S Rahjans kebetulan berada di situ untuk mencari bakat baru. Setelah menyaksikan persembahan P.Ramlee, beliau menawarkan P.Ramlee untuk datang ke Singapura.

Dalam tahun itu juga P.Ramlee telah pergi ke sana. Filem pertama lakonan P.Ramlee adalah CHINTA pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan penyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakun di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955.

P.Ramlee buat pertama kalinya mendirikan rumah tangga dengan anak salah seorang seniman ketika itu. Isterinya yang dimaksudkan ialah Junaidah Daeng Haris. Melangsungkan perkahwinan mereka pada tahun 1953. Kemudian mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata. Iaitu, Mohd Nasir dan Arfan.



Setelah bercerai pada tahun 1954, P.Ramlee berkahwin dengan Norizan pada 6 Februari 1955. Namun begitu perkahwinan mereka tidak dapat bertahan lama. Mereka bercerai pada tahun 1961.



Pada tahun yang sama, P.Ramlee bertemu dengan Salmah Ismail atau pun lebih dikenali dengan nama Saloma. Kemudiannya mereka telah diijab kabulkan pada 21 November 1961. Saloma telah menemani P.Ramlee dalam suka mahupun duka sehingga ke akhir hayat P.Ramlee.



Sepanjang perkahwinan, P.Ramlee cuma mempunyai 2 orang anak. Iaitu Nasir dan Arfan. Oleh kerana itu, P.Ramlee telah pun mengambil beberapa orang anak angkat. Diantaranya ialah Betty, Zakiah @ Zazaloma, Sabaruddin @ Badin dan akhir sekali Dian.

Di dalam dunia perfileman tempatan, P.Ramlee telah berlakon dalam 66 filem. Bermula dengan filem pertama 'Chinta' sehinggalah filem terakhirnya 'Laksamana Do Re Mi'. Di dalam dunia seni suara pula, P.Ramlee telah mendendangkan 359 buah lagu.

P.Ramlee juga telah memenangi beberapa buah anugerah di Festival Filem Asia di Hang Kong, Jakarta, Kuala Lumpur, Manila, Singapura, Taipe dan Tokyo. Tidak ketinggalan juga, Festival Filem Antarabangsa di Berlin.

Hayat P.Ramlee tidak lama. Beliau meninggal ketika berusia 44 tahun pada pagi Selasa 29 Mei 1973 kerana diserang sakit jantung. Jenazahnya telah disembahyangkan di Masjid Kampung Baru dan dikebumikan di Tanah Perkuburan orang-orang Islam di Jalan Ampang. Semoga pemergian beliau dirahmati Allah swt.

Bagi mengenang jasa dan sumbangannya tidak ternilai, Allahyarham telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri.


P.RAMLEE LAGENDA SEPANJANG ZAMAN


"Aku nak hidup sampai 1000 tahun lagi." Itulah katanya kepada salah seorang sahabatnya. Namun begitu apa yang telah dikatakan itu secara gurauan, kini beransur-ansur berubah menjadi realiti.

Sesungguhnya tiada siapa yang tidak mengenali beliau. Pengenalan kepada seniman agung Allahyarham Tan Sri Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Putih. Beliau yang lebih dikenali dengan nama P.Ramlee bukan sahaja berbakat tetapi juga sebagai ikon seniman sepanjang zaman.

Siapa yang tidak tertawa apabila melihat jenakanya? Siapa yang tidak asyik apabila mendengar lagu-lagunya? Siapa yang tidak sedih apabila melihat lakonan menyayat hatinya? Siapa yang tidak terpana dengan filem arahannya?

Amat sukar untuk mencari insan yang boleh menandingi kehebatan beliau. Apatah lagi untuk mencari mereka yang boleh menggantikan P.Ramlee. Sehingga kini, tiada siapa yang mampu menggantikan tempat beliau sebagai seniman yang serba boleh. Biarpun dari seniman seangkatan dengannya atau pun dari generasi baru seniman yang lebih dikenali sebagai artis pada masa kini.

Tidak ramai yang mengetahui akan kisah dan juga penghidupan seniman agung ini. Rata-rata cuma mengetahui apakah filem yang dilakonkan dan diarahkannya ataupun lagu yang didendangkannya. Tetapi ramai yang tidak tahu akan perjuangannya yang penuh liku dan ranjau. Marilah kita sama-sama menghayatinya.



Filem-Filem P.Ramlee


Seperti yang kita tahu, semenjak kecil lagi P.Ramlee memang mempunyai cita-cita untuk menjadi anak seni. Minatnya dipupuk apabila melihat bintang Hollywood seperti Tom Mis dan Buck Jones.

Bertolak ke Singapura pada 9 Ogos 1948 atas undangan B.Sh.Rajhans. P.Ramlee mula mengorak langkah di dalam dunia. Bermula dengan filem Chinta, P.Ramlee telah pun diberi watak kecil di dalam filem tersebut.

P.Ramlee sememangnya dikenali sebagi seniman yang serba boleh. Pelbagai watak dan dan peranan telah pun dilakonkannya. Banyak perkara yang telah P.Ramlee melalui demi mengukur namanya di persada seni tanah air. Berdepan dengan masalah kontrak dan juga gaji, P.Ramlee tetap tabah mengharunginya.

"Masuknya saya ke dalam dunia filem hanya secara kebetulan sahaja, kerana tidak pernah terlintas dalam hati saya untuk menjadi seorang pelakon. Secara kebetulan saya katakan kerana sewaktu saya di Pulau Pinang, B.S.Rajhans yang menjadi pengarah di Studio Malay Film Production telah menemui saya dan mengajak saya ke Singapura untuk berlakon dalam filem. Pada mulanya agak keberatan juga rasanya saya hendak ikut ke Singapura. Tetapi kerana terlalu kuat desakan dari Rajhan, maka ikut juga ke Singapura dan menjadi keluarga Malay Film Productions." Itu adalah katanya.

P.Ramlee dengan pantas mencapai kejayaan yang besar. B.S. Rajhans membawa dia ke dunia filem, tetapi L.Krishan membuat dia jadi bintang. Kejayaan demi kejayaan diraih P.Ramlee. Namun begitu apa yang lebih diidamkannya ialah, "Pada satu hari nanti, hendaknya akan dapatlah melihat salah satu dari gambar filem saya itu dipertunjukkan di Pesta Cannes."

Dalam penglibatan dunia perfileman, P.Ramlee telah digandingkan dengan hampir kesemua seniwati yang ada ketika itu. Diantaranya Kasma Booty, Siput Sarawak, Rokiah, Neng Yatimah, Rosnani, Saadiah, Aini Hayati, Normadiah, Zaiton, Sarimah, Latifah Omar dan Maria Menado.

Filem 'Penarik Becha' pula menjadi batu loncatan kepada P.Ramlee. Ini kerana filem itu banyak memenangi anugerah. Bukan saja anugerah, tetapi P.Ramlee adalah orang Melayu kedua selepas Haji Mahdi diberikan jawatan 'Pengarah' di Malay Film Production. Sejak dari filem itu, P.Ramlee cuma berlakon 3 buah filem di bawah arahan orang lain. Selebihnya dialah teraju utama.

No comments:

Post a Comment