SIAKAP STIM ALA THAI
Bahan-bahan:
2 batang serai
1 labu bawang besar
1 biji tomato
2 inci halia
10 tangkai cili merah/hijau ~ klu nak pedas sila lah tambah yer....
( bahan2 kat atas ni semuanya saya mayang/hiris halus kecuali tomato potong besar2 sikit lah @ potong dadu...nnti hancur plak)
3-4 camb sos tiram
1 camb sos ikan
sedikit gula (saya x letak serbuk perasa sbb dah guna sos tiram)
3-4 biji limau nipis ~ ambil jusnya.
1 liter air
3 camb tepung jagung
Daun ketumbar
Cara-caranya:
- Separuh daripada bahan2 yg dihiris halus (kecuali tomato) saya masak bersama sos tiram,sos ikan,gula,perahan jus limau nipis & 1 liter air.
- Masak sehingga mendidih & masukkan bancuhan tepung jagung.
- Sebahagian lagi bahan2 yg dihiris halus & tomato,tabur/susun atas ikan.
- Tuang sos tadi (agak2 jgn byk sgt sbb bila dikukus ikan akan mengeluarkan air) di atas ikan.
- Tabur daun ketumbar & kukus 15-20 minit.
No comments:
Post a Comment